Hari itu saya terkenang satu sudut sisi situasi kehidupan yang mungkin berbeza dari kebiasaan.
Seorang nenek masih lagi ke sekolah,
Tapi anak dan cucu memilih untuk tak bersekolah.
Nampak macam pelik kan?
Hakikat Realiti
Tapi begitulah hakikat realiti yang saya berhadapan semasa pulang ke kampung.
Rutin setiap pagi hari sekolah beginilah,
Abah saya yang juga seorang guru bersara akan hidupkan enjin kereta, memastikan semua barang keperluan untuk umi saya ke sekolah telah disiapkan dan dengan penuh kasih sayang beliau akan melambai tangan kepada umi saya ketika sebelum memandu ke sekolah.
Minggu ini pula minggu kedua terakhir sebelum umi saya bersara minggu depan.
Jadi saya terus capture moment ni sebagai kenangan yang takkan saya lupakan.
Jujur dari sudut seorang anak,
Saya kagum dengan abah dan umi saya.
Saya tak mampu kuat seperti mereka untuk bertahan lama dalam profesion ini.
Profesion keguruan merupakan cita-cita saya.
Saya suka mendidik dan saya suka kanak-kanak.
Rezeki Allah
Kalau boleh pun memang saya nak anak yang ramai jika ada rezeki Allah berikan.
Saya suka dikelilingi kanak-kanak dan melayan karenah mereka.
Tapi saya tak mampu untuk bertahan dalam situasi yang memerlukan kanak-kanak bertindak lebih dewasa sebelum usianya.
Saya tak salahkan sesiapa dan saya tahu ini semua ialah kelemahan saya.
Saya tak kuat untuk ikut sesuatu yang luar kawalan saya dan untuk kekal dalam persekitaran yang luar dari kebolehan saya.
Juga saya tak kuat untuk mengikuti jejak langkah umi dan abah saya.
Tapi saya tekad,
Ini Pilihan Saya
Dengan pilihan yang saya ambil.
Saya akan teruskan walaupun ada kalanya saya ‘tergelincir’, Saya belajar untuk terus bangkit dan bangkit.
Dan saya sedar,
Setiap keluarga mempunyai cabaran dan pilihan masing-masing.
Dan kami, sebagai keluarga yang memilih homeschooling,
Mungkin berbeza dari keluarga lain.
Namun, inilah pilihan kami.
Kami percaya ini yang terbaik untuk anak-anak kami.
Kami akan terus berjuang untuk memberikan pendidikan terbaik,
Walau apa pun rintangan yang mungkin kami hadapi.
Mungkin tak semua orang faham atau setuju,
Tetapi yang penting, kami yakin dengan pilihan kami.

Dan dengan adanya keredhaan dari umi abah kami.
Jadi, kami akan belajar teruskan perjuangan ini,
Dengan penuh keyakinan, pengharapan dan kasih sayang.
InsyaAllah, doakan ya.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.