Blog

Panduan Menggunakan Flashcards Untuk Anak

oleh Hanis Athirah dalam Resources
Flashcards Sebagai Alat Pembelajaran Interaktif

Pengalaman saya guna flashcards untuk homeschool memang sangat membantu, terutamanya untuk anak-anak kecil yang baru belajar perkataan, nombor atau bentuk. Flashcards ni bukan saja mudah digunakan, tapi sangat praktikal untuk pembelajaran yang cepat dan interaktif. Dalam panduan ni, saya akan share cara guna flashcards untuk pastikan anak-anak seronok belajar sambil mengingat lebih cepat!

1. Pilih Flashcards Mengikut Topik Asas

2. Gunakan Flashcards Secara Konsisten

  • Konsistensi tu penting! Setiap pagi atau sebelum tidur, saya akan buat sesi pendek guna flashcards. Tak perlu lama, cukup 5-10 minit sehari. Anak-anak lebih mudah ingat bila kita ulang benda yang sama secara berkala.

3. Buat Permainan dengan Flashcards

  • Nak bagi anak-anak lebih teruja? Jadikan flashcards satu permainan! Contohnya, saya letakkan beberapa flashcards di lantai, dan minta anak lompat ke kad yang betul bila saya sebutkan. Boleh juga buat “matching game” , dimana anak kena padankan gambar dengan perkataan atau nombor.

4. Gunakan Flashcards untuk Pembelajaran Visual dan Lisan

  • Flashcards ni best sebab anak-anak boleh belajar secara visual dan lisan sekali. Setiap kali tunjuk kad, saya akan sebutkan perkataan dengan kuat dan jelas. Anak-anak pun akan ikut sebut dan ini membantu mereka ingat dengan lebih cepat.

5. Pandai App: Flashcards Akademik untuk Anak 7 hingga 17 Tahun

  • Selain guna flashcards yang saya buat sendiri, saya juga guna Pandai App untuk anak-anak yang lebih besar. Pandai App ada menyediakan flashcards akademik untuk anak-anak berumur 7 hingga 17 tahun, yang merangkumi pelbagai subjek seperti Bahasa Melayu, English, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan banyak lagi.

6. Fokus Pada Kegembiraan, Bukan Ketepatan

  • Paling penting, pastikan sesi belajar dengan flashcards ni seronok. Kalau anak tersalah sebut atau tak kenal kad, jangan cepat marah. Fokus pada proses pembelajaran, bukan hasil yang segera.

    Panduan Menggunakan Flashcards untuk Anak

    Pandai App ada menyediakan flashcards akademik yang merangkumi pelbagai subjek.

Baca Juga : Platform Penilaian Ujian Online Untuk Menilai Kemajuan Anak

Flashcards adalah alat yang sangat berguna untuk homeschooling, terutamanya untuk anak-anak. Yang penting, sentiasa jadikan sesi belajar dengan flashcards sesuatu yang menyeronokkan dan bebas tekanan. Cuba tips-tips di atas dan lihat sendiri betapa cepatnya anak-anak anda belajar sambil bermain!

 

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis