Blog

Nak Pilih Planner Jenis Digital atau Fizikal?

oleh Hanis Athirah dalam Homeschool
Planner Jenis Digital

Planner ni memang penting untuk pastikan homeschool sentiasa teratur, kan? Tapi, bila tiba masa nak pilih jenis planner, selalu jadi dilema. Nak digital atau fizikal? Setiap jenis ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Hari ni saya nak kongsikan lebih lanjut tentang kedua-dua jenis ni supaya mudah buat pilihan yang sesuai untuk homeschool.

Planner Fizikal

Pro:

โœ๏ธ Sentuhan peribadi: Boleh tulis tangan dan hias ikut kreativiti sendiri, rasa lebih puas!
๐Ÿ“– Mudah rujuk: Tak perlu risau pasal bateri atau teknologi, terus buka dan guna.
๐ŸŽจ Lebih visual: Sesuai untuk yang suka planner penuh dengan warna, stiker dan hiasan.
๐Ÿ—’๏ธ Feel yang berbeza: Rasa lain bila pegang planner fizikal, lebih real dan puas.
๐Ÿ‘“ Kurang skrin: Mata pun tak letih sebab tak perlu tengok skrin sepanjang masa.
๐Ÿ“š Mudah guna: Tak perlu belajar cara guna teknologi, sesuai untuk yang lebih suka cara tradisional.

Cons:

๐Ÿ‘œ Perlu dibawa: Planner fizikal boleh jadi berat dan kurang praktikal nak bawa ke mana-mana.
โœ๏ธ Tak fleksibel: Kalau nak buat perubahan, kena guna pemadam atau liquid paper, tak boleh edit macam planner digital.
๐Ÿ“… Sukar nak cari: Tak ada fungsi carian, so mungkin ambil masa sikit nak cari info yang lama.
๐Ÿ“ฆ Perlu ruang simpanan: Planner lama akan ambil ruang simpanan, kena ada tempat khas untuk simpan semua.
๐Ÿ“š Tebal kalau ada ramai anak: Kalau ada ramai anak, planner akan jadi tebal sebab banyak halaman, susah nak urus.
๐Ÿšซ Kurang fleksibel untuk keluarga besar: Planner fizikal ada limit pada berapa banyak ruang yang boleh digunakan untuk setiap anak.

Planner Digital

Pro:

๐Ÿ“ฑ Mudah akses: Boleh guna kat mana-mana peranti, sama ada telefon, tablet atau laptop.
๐Ÿ“‚ Fleksibel: Senang nak edit, tambah atau padam maklumat tanpa pening kepala.
๐Ÿ” Cari cepat: Ada fungsi carian, jadi tak perlu scroll panjang-panjang, terus jumpa apa yang dicari.
๐ŸŒฑ Mesra alam: Tak guna kertas, sesuai sangat untuk yang nak support kelestarian.
๐Ÿ–‡๏ธ Fully hyperlinked: Klik je terus ke bahagian yang nak, sangat mudah nak navigate.
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Sesuai untuk ramai anak: Tak perlu risau planner jadi tebal, senang nak uruskan walaupun ada ramai anak.
๐ŸŽฅ Boleh sertakan media: Planner digital membolehkan kita masukkan gambar, video atau pautan ke dokumen lain, jadi lebih interaktif dan lengkap!

Cons:

๐Ÿ”‹ Bergantung pada teknologi: Kena ada phone, tablet dan lain-lain. Bab bateri pula, kalau habis bateri kena tunggu charge baru boleh guna.
๐Ÿ‘€ Kesan skrin: Bila terlalu lama depan skrin, boleh buat mata letih dan tak selesa.
โ˜๏ธ Perlu storage digital: Kena ada simpanan cloud untuk backup, takut data hilang.
๐Ÿ“ฒ Tak sesuai untuk semua: Ada yang lebih suka planner fizikal sebab rasa lebih puas menulis tangan.
๐Ÿ’ป Perlu belajar: Kalau tak biasa dengan teknologi, mungkin ambil masa sikit untuk belajar cara guna planner digital.
๐Ÿ“ถ Perlu internet: Beberapa fungsi planner ni perlukan internet, jadi kalau takde akses internet, boleh jadi masalah untuk sync atau backup.

Baca Juga :ย Checklist Bahan Keperluan Homeschool

Confuse kan nak pilih planner yang mana satu?

Saya pun sama, rasa susah nak decide antara digital atau fizikal! Dua-dua ada kelebihan masing-masing.

Tapi, jangan risau, insyaAllah kali ni saya nak hasilkan versi yang adil untuk semua, ada pilihan digital dan fizikal. Versi fizikal pula boleh print sendiri, jadi boleh customize ikut kesukaan masing-masing.

Apa lagi, boleh dapatkan disini : Homeschoool Planner

keperluan homeschoolhomeschool plannerplanner homeschoolrancang homeschool

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis