Bila masuk tahun baru, selalu rasa macam dapat peluang untuk reset dan mula sesuatu yang lebih baik. Tahun depan, saya plan nak jadi lebih tersusun dan fokus dengan apa yang penting terutama sekali untuk keluarga. Saya tak nak overplan, tapi cukup dengan benda-benda yang praktikal dan mudah dilaksanakan.
Untuk permulaan, saya dah mula susun perancangan dalam planner saya. Dalam planner ni, saya letakkan beberapa family goals yang kami nak capai sama-sama. Saya bahagikan kepada tiga fokus utama:
1. Spend More Quality Time Together
Saya sedar, walaupun selalu ada bersama, tak semua masa itu berkualiti. Tahun depan, saya nak lebih banyak luangkan masa untuk buat aktiviti yang kami semua boleh enjoy sama-sama. Sama ada aktiviti luar, bermain di rumah atau sekadar duduk dan berbual santai, yang penting kami betul-betul hadir untuk satu sama lain.
2. Build Responsibility in Kids
Sebagai ibu, saya selalu rasa penting untuk ajar anak-anak tentang tanggungjawab. Tahun depan saya nak mereka lebih terlibat dengan kerja rumah dan tanggungjawab kecil yang sesuai dengan usia mereka. Saya nak anak-anak mula belajar tentang tanggungjawab dengan cara yang santai tapi konsisten.
Tugas-tugas kecil seperti kemas barang, tolong urus kerja rumah atau bantu adik-beradik boleh jadi permulaan untuk mereka belajar berdikari.
3. Strengthen Family Communication
Saya sedar, komunikasi dalam keluarga ni bukan sekadar bercakap, tapi tentang benar-benar mendengar. Tahun ni, saya nak pastikan kami ada ruang untuk berbual dengan jujur sama ada melalui family meeting setiap bulan untuk bincang idea dan aktiviti atau sesi bercerita sebelum tidur tentang apa yang mereka rasa dan alami.
Bila anak-anak rasa suara mereka didengar, mereka akan lebih yakin dan rasa dihargai.
Planner ni banyak membantu saya susun semua yang saya plan dengan lebih jelas. Ia bukan sekadar tempat menulis, tapi satu panduan untuk memastikan apa yang saya rancang benar-benar dapat dilaksanakan.
Bagi saya, family goals ni lebih kepada usaha untuk lebih dekat dengan keluarga. Bila hubungan dalam keluarga kuat, kita akan rasa lebih tenang, anak-anak lebih gembira dan hidup jadi lebih bermakna insyaAllah.
Baca juga: Dah Masuk 2025… Dah Mula Rancang?
Tahun baru ni bukan tentang ubah segalanya, tapi lebih kepada usaha kecil yang boleh membawa perubahan besar. Saya percaya, bila kita buat sesuatu dengan kasih sayang dan niat yang baik, Allah akan permudahkan jalannya.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.