Ramai yang tanya macam mana nak didik anak lelaki supaya jadi kuat tapi masih ada hati?
Anak lelaki tak sama macam anak perempuan.
Mereka bukan keras kepala. Tapi mereka perlukan ruang untuk rasa ‘in control’.
Bukan tak dengar cakap. Tapi mereka nak difahami, bukan dikawal.
Saya belajar satu perkara penting sebagai mak cara didik anak lelaki.
“Anak lelaki tak boleh dibentuk dengan bebelan dan jeritan tapi dengan arah yang jelas, penuh dignity dan leadership with love.”
Anak Lelaki Lahir Dengan Drive to Lead
Dalam diri mereka ada fitrah nak jadi pemimpin.
Tapi kalau dari kecil mereka dibesarkan dengan kritikan, ugutan atau marah yang berpanjangan, risau fitrah itu boleh rosak.
Khuatir mereka akan membesar sama ada terlalu pasif ataupun terlalu agresif.
Anak lelaki yang dihina secara berulang, akan rasa inferior.
Anak lelaki yang dikawal tanpa empati, akan hilang jati diri.
Saya mula ubah cara. Sebab itu, saya ajar dari dalam – bukan dengan tekanan.
Saya Mula Didik Dari Dalam – Bina Karakter, Bukan Sekadar Akal
- Emotional Mastery
Bila anak marah, saya tak suruh diam. Saya ajar dia kenal emosi, sebut nama emosi tu dan regulate perlahan-lahan. Saya nak dia jadi lelaki yang tahu bila nak marah dan bila nak istighfar. - Accountability With Love
Kalau dia salah, saya tak terus marah. Saya panggil dia duduk sama-sama dan kami bincang. Supaya dia tahu tanggungjawab bukan beban, tapi amanah. - Courage With Adab
Saya beri dia ruang untuk tanya, argue dan bagi pendapat. Tapi saya latih dia untuk guna nada yang beradab. Berani bukan alasan untuk biadab. - Spiritual Identity
Saya selalu cerita tentang Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Tentang keberanian yang lahir dari taat, bukan ego. Supaya dia tahu nak adi lelaki sejati, bukan hanya kuat badan tapi kuat taqwa.
Sebagai Mak Saya Adalah Inner Voice Dia
Setiap reaksi saya, akan jadi suara dalam kepala dia bila dia dewasa.
Kalau saya suka merendahkan, dia akan rasa tak cukup.
Kalau saya suka memujuk, dia akan rasa berharga.
Saya nak jadi inner coach, bukan inner critic.
Saya juga tahu, sekiranya saya nak anak lelaki hormat perempuan,
saya kena jadi perempuan yang bermartabat, bukan hanya penuh permintaan.
Jika saya nak dia jadi pemimpin masa depan, saya kena pimpin dengan sabar hari ini.

Didik anak lelaki melalui hormat dan arah jelas, bukan jeritan
Doa Seorang Ibu
Saya tak nak anak lelaki yang hanya pandai jawab soalan exam.
Saya nak dia tahu jawab panggilan iman.
Saya tak kejar dia jadi popular.
Saya doa dia jadi pemuda yang Allah cinta.
“Ya Allah,
Jadikan anak lelaki ini lelaki yang tahu bila patut tunduk dan bila patut berdiri.
Yang tahu beza diam kerana sabar, dan diam kerana takut.
Yang berjiwa tenang, tapi prinsipnya tegas.
Yang penuh cinta, tapi tak lemas dalam dunia.”
Kumpulan Support Homeschool Hanis Klik Sini
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.