Blog

Laminator Machine dan DIY Laminate Hacks

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources

Hari ini saya nak share satu homeschool supplies yang memang jadi keperluan dekat rumah, iaitu Laminator Machine.

Bila guna banyak bahan bercetak, terutama yang guna dakwat berwarna, memang sayang sangat kalau bahan tu mudah rosak atau berkeronyot.

Contohnya, untuk printable yang anak-anak guna dengan erasable marker, bila dah dilaminate, boleh lap balik dengan tisu lembap dan terus guna semula.

Paling best, tahan lama dan boleh dipakai dari abang sampai adik.

Kalau ada Laminator Machine, kena pastikan ada sekali laminating film. Plastik ni berlapis dan ada pelbagai saiz, tapi saya lebih suka guna saiz A4 sebab senang nak gunting dan jimat.

Nak beli di kedai alat tulis pun boleh, tapi kalau macam saya, beli je dekat Shopee.

Kalau nak pilih laminating film, saya cadangkan beli yang ketebalan 100 micron ke atas. Nak lagi tahan lasak, cari yang ada label Ultra Premium Quality Hot Laminating dan Water Resistant.

Untuk yang tak ada Laminator Machine, boleh juga guna seterika sebagai alternatif. Tapi kalau jenis yang selalu laminate banyak-banyak, memang lebih berbaloi beli mesin. Tapi takpe, untuk yang tiada, saya share juga cara guna seterika.

Bahan Diperlukan:

Cara-cara:

  1. Pastikan permukaan yang nak diseterika bersih, lapik dengan kain alas.
  2. Masukkan printable ke dalam laminating film.
  3. Letakkan kain nipis (contoh, shawl jarang) atas laminate film.
  4. Gosok dengan seterika seperti biasa.
  5. Dah siap, tutup iron dan potong tepi yang lebih.

Baca juga: Printer, Si Hero dalam Homeschooling

Tips:

Lepas potong, hujung printable biasanya tajam. Guna “corner rounder paper punch” untuk potong tepi tu supaya lebih selamat.

Kalau nak beli laminating machine, saya suggest beli yang ada cutter sekali. Memang senang dan jimat masa untuk potong bahan yang lurus.

Masa guna seterika, pastikan suhu medium saja supaya tak terlalu panas.

Kalau nak laminate di kedai pun boleh, tapi sebab saya selalu laminate banyak, saya terus beli satu Laminator Machine.

Semoga tips ni membantu dalam melengkapkan keperluan homeschool anak-anak!

 

projek diyLaminator MachineprintableLaminate Hacks

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis