Sebut je homeschool selalu terbayang anak-anak duduk tekun, muka penuh minat, semua ikut jadual yang kita susun rapi.
Tapi, hakikatnya tak selalunya indah macam tu. Ada hari yang kita dah susun cantik-cantik, tapi semuanya seolah-olah tak kena.
Kadang-kadang, saya dah siapkan aktiviti menarik, bahan pun lengkap dah terbayang dalam kepala macam mana anak-anak akan enjoy.
Tapi bila sampai masa, mood anak-anak langsung tak ada.
Ada yang merajuk, ada yang asyik hilang fokus dan ada yang buat perangai yang saya sendiri pun tak faham. Masa tu memang senang sangat nak rasa kecewa. Dalam hati mula terdetik,
“Eh, apa lagi yang tak kena ni? Kenapa tak jadi macam yang saya plan ni?”
Kadang saya termenung sendiri. Dah buat macam-macam, tapi kenapa rasa macam tak cukup?
Kenapa rasa macam saya ni tak cukup bagus?
Waktu tu memang rasa serba salah, rasa macam,
Tapi jauh di sudut hati, saya cuba ingatkan diri, kita ni hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan.
Mungkin Allah nak tunjukkan jalan lain yang lebih baik, walaupun masa tu saya tak nampak langsung hikmahnya.
Belajar Lepaskan Kesempurnaan
Bila saya mula belajar terima yang tak semua benda boleh ikut rancangan saya, homeschool jadi lebih tenang.
Dulu bila anak-anak tak nak ikut jadual, saya cepat rasa gelisah.
Tapi sekarang saya cuba tengok dari perspektif lain, mungkin ada hari yang memang tak sesuai untuk belajar subjek yang berat-berat.
Ada hari mereka tak ada mood nak buat subjek tertentu dan saya anggap itu peluang untuk buat benda lain yang mereka lebih minat.
Pernah sekali, saya dah plan nak buat Math, tapi anak-anak asyik nak cakap pasal kereta.
Dah cuba tarik balik ke subjek asal, tapi tak berhasil.
Jadi saya pun ikut je, sambil belajar Math, kami kira kelajuan kereta, berapa banyak petrol yang diperlukan kalau nak jalan jauh
Mereka jadi lagi excited dan benda tu lebih lekat dalam kepala mereka.
Kadang-kadang, bila kita bagi ruang sikit, kita boleh nampak anak-anak belajar dengan lebih enjoy, ikut apa yang mereka memang minat.
Sekarang, bila ada hari yang semua tak jadi macam saya rancang, saya cuba tenangkan hati.
Homeschool ni bukan tentang kejar target atau jadual yang ‘perfect’ semata-mata. Sebenarnya, lebih kepada menikmati setiap langkah kecil dalam perjalanan ni.
Homeschool ni tak perlu sempurna untuk jadi bermakna.
Baca juga: Kami Homeschool Bukan Kerana Silibus Dah Tak Relevan

Ada masa, bila semua tak jadi, kat situlah saya sedar yang setiap perjalanan ni memang ada hikmahnya, cuma kita perlu buka hati dan terima seadanya.
Nak rancang homeschool dengan lebih teratur? Dapatkan planner anda di sini.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.