Blog

Belajar Mengukur dengan Aktiviti Hands-On di Dapur

oleh Hanis Athirah dalam Homeschool
Belajar Mengukur dengan Aktiviti Hands-On di Dapur

Aktiviti memasak di dapur bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga peluang hebat untuk ajar anak-anak konsep pengukuran. Saya selalu libatkan anak-anak dalam setiap sesi memasak. Inilah cara terbaik untuk anak-anak belajar tentang sukatan, isipadu, berat dan masa sambil melakukan aktiviti yang mereka suka.

Dalam post ni, saya akan share pengalaman kami belajar mengukur dengan aktiviti hands-on di dapur, termasuk beberapa tips mudah untuk anda cuba bersama anak-anak di rumah!

1. Sukat Guna Cawan dan Sudu

  • Setiap kali buat kek, Lais dan Qais tolong saya sukat bahan guna cawan dan sudu sukatan. Dari tepung ke gula, mereka belajar bezakan sukatan cecair dan pepejal. Saya akan tanya:
    • “Lais, berapa cawan tepung yang kita perlukan?”

2. Gunakan Penimbang untuk Timbang Bahan

  • Bila buat biskut, Lais dan Qais seronok guna penimbang dapur. Mereka akan timbang bahan-bahan macam tepung dan buah dan saya suka tanya mereka:
    • “Qais, cuba timbang 200 gram gula , lebih berat atau lebih ringan dari tepung?”

3. Kira Masa Memasak dengan Pemasa

  • Sambil menunggu kek siap, kami guna timer untuk kira masa. Lais dan Qais suka tengok berapa lama lagi masa yang tinggal. Contohnya, bila kek dah bakar selama 10 minit dari 20 minit, mereka tak habis-habis tanya:
    • “Mama, berapa minit lagi sampai kek kita siap?”
  • Dengan aktiviti ni, mereka belajar kira masa dan penambahan secara hands-on.

4. Belajar Nisbah dengan Resipi

  • Bila nak gandakan resipi, Lais dan Qais akan tolong. Contohnya, kalau resipi perlukan 2 cawan tepung untuk 4 orang, saya tanya:
    • “Qais, kalau kita nak buat untuk 8 orang, berapa cawan tepung kita perlukan?”
  • Dari situ, mereka belajar tentang nisbah dan perkadaran  sambil dapat kek yang lebih banyak!

5. Eksperimen dengan Air dan Isipadu

  • Kami suka buat eksperimen isipadu guna pelbagai bekas macam cawan, jug dan mangkuk. Lais dan Qais seronok lihat berapa banyak air yang boleh diisi dalam setiap bekas. Mereka belajar tentang liter dan mililiter dengan cara yang mereka faham dan enjoy.

6. Libatkan Anak dalam Setiap Langkah Memasak

  • Setiap langkah memasak, anak-anak sentiasa terlibat sama. Daripada menyukat bahan, mengira masa hingga menimbang, semua jadi pengalaman pembelajaran matematik yang praktikal dan seronok. Dan yang paling best, hasilnya kek atau biskut yang sedap!

Baca Juga : Cara Nak Rancang Perjalanan Homeschool


Pengalaman saya dengan anak-anak di dapur memang seronok, sebab mereka bukan saja belajar sukatan, berat, isipadu dan masa, tapi juga belajar melalui pengalaman hands-on. Memasak jadi lebih bermakna bila dapat ajar mereka konsep matematik dengan cara yang praktikal. Jadi, kalau anda nak anak-anak belajar sambil berseronok, cubalah ajak mereka ke dapur , insyaAllah mereka pasti suka!

homeschoolaktiviti di rumahpractical life skillsbelajar matematik

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis