Blog

Bagi Anak Cari Ruang Untuk Jadi Diri Sendiri

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Satu perkara yang saya mula sedar ialah anak-anak sebenarnya perlukan ruang untuk jadi diri sendiri. Bukan sekadar ikut apa yang kita plan, tapi benar-benar explore apa yang mereka minat, dengan cara mereka sendiri.

Dulu, saya selalu rasa perlu guide setiap langkah, pastikan semua ikut jadual, supaya mereka belajar dengan ‘betul’.

Tapi makin saya cuba kawal, makin saya nampak mereka tak seronok. Kadang-kadang, mereka nampak hilang minat, macam semua ni satu beban.

Saya perasan, kadang-kadang anak-anak lebih tertarik pada benda-benda kecil di sekeliling rumah. Mereka suka tengok burung yang hinggap di dahan, pokok renek yang baru tumbuh, atau batu-batu kecil di tepi halaman.

Bagi saya, semua tu nampak biasa, tapi bagi mereka, setiap benda penuh dengan keajaiban, seolah-olah ada cerita di sebaliknya yang mereka nak fahami.

Jadi, saya biarkan saja. Lama-lama saya mula nampak, di situlah mereka sebenarnya belajar, bukan sebab dipaksa, tapi kerana rasa ingin tahu yang timbul secara semula jadi.

Biarkan Mereka Explore

Bila saya mula beri ruang untuk mereka decide sendiri, belajar ikut rasa ingin tahu mereka, saya nampak perubahan. Tak ada lagi rasa dipaksa, tak ada lagi tekanan nak ikut ‘step by step’. Mereka belajar dengan cara yang buat mereka rasa bebas.

Ada satu hari, mereka datang dan kata nak buat eksperimen sendiri. Dulu, saya mungkin akan kata, “Tak boleh, kita ada jadual.” Tapi sekarang saya cuba tukar mindset, saya biarkan mereka explore dapur, campur air dengan bahan-bahan dari kabinet.

Ya, memang sepah, memang berterabur. Tapi saya nampak kegembiraan kat wajah mereka, rasa puas hati bila mereka sendiri yang jadi ‘scientist’ dalam eksperimen tu. Mereka belajar dengan cara yang mereka sendiri faham dan saya cuma ada di situ untuk sokong, bukan control.

Proses Belajar yang Lebih Bermakna

Saya mula nampak, anak-anak ni perlukan ruang untuk rasa yang mereka ni sebenarnya capable. Mereka nak rasa mereka boleh buat keputusan sendiri, boleh pilih apa yang mereka nak belajar hari tu.

Bila saya lepaskan sedikit kebebasan, beri mereka peluang jadi diri sendiri, saya nampak anak-anak yang lebih gembira, lebih teruja nak belajar.

Mungkin homeschool tak perlu selalu ikut jadual ketat. Mungkin homeschool yang terbaik ialah homeschool yang beri anak-anak ruang untuk tentukan rentak sendiri. Dalam proses ni, saya pun belajar, belajar untuk lebih tenang, lebih menerima.

Saya mula terima yang belajar ni bukan soal kejar syllabus, tapi tentang menikmati perjalanan. Kadang-kadang, benda yang kita tak rancang tu sebenarnya yang paling banyak mengajar.

Baca juga: Jangan Terlalu Rigid Dengan Jadual, Biar Anak-Anak Explore

Sekarang, saya tengok homeschooling dari sudut yang berbeza. Saya tak lagi kejar bayangan sempurna, tak lagi paksa semua ikut ‘plan’ dalam kepala saya.

Saya biarkan anak-anak explore, bagi mereka peluang untuk teroka dunia dengan cara mereka sendiri. Dan dari situ, mereka bukan saja belajar tentang ilmu, tapi juga belajar tentang diri mereka sendiri.

Bila anak-anak diberi ruang untuk jadi diri sendiri, mereka belajar bukan sebab terpaksa, tapi sebab mereka nak tahu, sebab mereka benar-benar minat.

Bagi saya, itulah erti homeschooling yang sebenar, ruang untuk mereka jadi diri sendiri dan belajar dengan rasa penuh kebebasan.

belajarruangbebasexplore

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis