Pantau anak-anak kita apabila berkawan dengan budak yang terlalu “terdedah”.
Saya tahu ayat ni bunyi sensitif, tapi realitinya dunia sekarang merisaukan sangat.
Hm, saya bukanlah paranoid. Saya bukan jenis nak sekat anak daripada berkawan, tak benarkan socialize atau asyik sangka buruk pada orang.
Tapi sebab saya sedar yang zaman sekarang tak sama macam zaman kita kecil dulu dan banyak pendedahan budak sekarang datang dari benda yang kita tak boleh kawal.
Saya pun pernah jumpa ada budak umur 5 tahun dah biasa tengok content yang sepatutnya orang dewasa pun susah nak hadam.
Apa Maksud “Budak Terlalu Terdedah” Sebenarnya
Anak-anak kita ni baru nak masuk fasa kenal dunia. Biarlah mereka kenal dunia dengan pace yang selamat, bukan terpengaruh dengan kawan yang terlalu ‘terdedah’ ni iaitu budak yang
- Dapat akses screen time tanpa batas
- Suka tonton lawak orang dewasa dekat media sosial
- Tengok game atau show yang violent
- Boleh tahu vocabulary yang kita sendiri pun terkejut
- Tahu topik dewasa yang mereka tak patut faham lagi
Mereka bukan kurang ajar.
Mereka cuma TERDEDAH TERLALU AWAL.
Sebagai mak saya rasa tak sedap di hati dan saya tak sanggup biarkan minda kecil anak saya kena proses perkara besar yang tak sepatutnya jadi beban mereka.
Bukan bermaksud tak bagi anak berkawan. Saya rasa ini point paling penting.
Sebab orang akan mudah salah faham. Mereka fikir bila kita jaga boundaries, kita ni over paranoid tak bagi anak socialize.
Bukan tak bagi anak berkawan cuma nak pastikan anak-anak kita sentiasa ada dalam radius selamat bila mereka berkawan.
Realiti Ibu Bapa Yang Jadi Enabler Tanpa Sedar
Zaman sekarang nak tegur anak orang pun kita kena fikir seribu kali.
Tambah-tambah bila ibu bapa mereka pun jenis enabler memang susah.
Bila anak cakap kasar, mereka gelak.
Anak buat perangai tak sesuai, mereka kata “biasalah budak-budak.”
Bila anak cerita benda yang tak sepatutnya, mereka buat tak tahu.
Kadang-kadang bila anak buka topik memalukan, mereka anggap comel.
Ada juga anak tengok content dewasa, mereka kata “ala, bukan apa pun.”
Saya dah jumpa jenis ibu bapa macam ni. Bukan jahat, cuma ‘blind spot’ mereka besar.
Mereka tak nampak apa yang kita nampak. Mereka tak peka macam mana exposure kecik boleh jadi effect besar dalam otak anak usia muda.
Baca juga: Perkembangan Sosial Anak Mengikut Peringkat Umur
Sebab tu, saya pilih cara paling selamat jaga anak saya, bukan cuba ubah anak orang. Biarlah orang kata kita ‘over’ jaga anak.
Bukan sebab saya rasa anak orang tak elok.
Bukan sebab saya rasa anak saya “lebih baik.”
Tapi ini tentang kita jaga amanah yang Allah anugerahkan pada kita dan orang tak tahu kita sebenarnya sedang elak luka kecil yang boleh jadi parut besar masa depan.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.