Pom-pom ni memang simple, tapi banyak manfaatnya. Dengan warna-warna ceria dan tekstur lembut, pom-pom boleh alat terbaik untuk bantu anak-anak kecil latih motor halus mereka.
Aktiviti-aktiviti ni bukan je seronok tapi juga membantu anak kuatkan otot-otot jari dan tingkatkan koordinasi tangan-mata.
Jadi, jom kita tengok 13 cara kreatif guna pom-pom untuk sesi bermain sambil belajar di rumah.
1. POM POM TREASURE DIG
Bahan yang diperlukan : Pom pom, beras, bekas
Caranya: Isi beras dalam bekas, gambar ini di ambil sebelum saya tukar bekas. Patutnya bekas yang lagi besar dan dalam hehee. Barulah mencabar. Minta anak menggali pom pom dan masukannya ke dalam bekas.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran Motor Halus
– Sensori
– Kemahiran Menyelesaikan Masalah

2. POM POM WHISK
Bahan yang diperlukan : Pemukul telur, pom pom
Caranya : Dengan dua alat ni je, boleh bagi anak duduk diam lama-lama. Hehee. Aktiviti ini sangat senang, sesuia dilakukan kepada toodler.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran motor halus
– Bilateral Coordination
– Kordinasi mata-tangan
– Kesabaran
– Berfikir secara logic

3. PAPER TOWEL ROLL AND POM POM CHALLENGE
Bahan yang diperlukan : Pom pom, gelung tisu, marker, salotape, bekas
Caranya: Potong gelung tisu kepada beberapa bahagian dengan berhati-hati. Tulis nombor pada gelung dan tampal pada bekas. Seterusnya, minta anak seimbangkan dulang dan gerakkan pom pom ke dalam gelung mengikut urutan nombor yang betul.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
-Kemahiran motor halus
– Keseimbangan
– Kordinasi
-Mengecam nombor

4. POM POM STRAW TOWERS
Bahan yang diperlukan : Pom pom,straw, lego ( atau play dough), gunting
Caranya: Gunting straw kepada beberapa saiz yang pendek. Menggunakan daya kreativiti mereka, beri mereka kebebasan untuk membina menara ciptaan sendiri.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kreativiti
– Imaginatif
– Verbal
– Motor Halus
– Keseimbangan

5. POM POM PAINTING
Bahan yang diperlukan : Pom pom, warna, bekas letak warna, kertas lukisan, pengepit baju.
Caranya: Lukis gambar , nak print pun boleh. Sebab saya terlalu ‘kreatif’ maka terhasilah lukisan ikan hehe. Dengan menggunakan pengepit baju, minta anak celupkan pom pom dalam warna, dan warnakan!
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran Motor Halus
– Imaginatif
– Verbal
– Motor halus
– Kreativiti

6. POM POM DROP
Bahan yang diperlukan : Botol air, pom pom, tweezer
Caranya : Minta anak masukkan pom pom satu persatu ke dalam botol menggunakan tweezer. Kalau takde pom pom boleh ganti dengan cotton ball.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran motor halus
– Kekuatan jari
– Kordinasi mata-tangan
– Fokus
– Bilateral coordination

7. ALPHABET POM POM MATS
Bahan yang diperlukan : Pom pom, kitchen tong, printable belon ( yang ini boleh dapati dari group Homeschooling With Finger Gym)
Caranya: Minta anak mengutip pom pom dan letakkan pada bulatan berwarna yang sama warna menggunakan kitchen tong.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran Motor Halus
– Finger grasp
– Kemahiran mengelas

8. POM POM COUNTING ACTIVITY
Bahan yang diperlukan : Pom pom, bekas telur, marker, tweezer
Caranya: Tulis nombor 1 – 10 pada bekas telur, minta anak kira dan isi pom pom mengikut kuantiti yang ditulis.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran Motor Halus
– Kemahiran Mengira
– Pengecaman Angka
– Kemahiran Menyelesaikan Masalah
– Berfikir Secara Logik

9. POM POM PUSH
Bahan yang diperlukan : Pom pom, bakul berlubang kecil
Caranya: Minta anak menolak pom pom ke dalam bakul. Anak akan secara automatik menggunakan jari telunjuknya untuk menolak.
Optional: Boleh gantikan bakul dengan kotak tisu, tebuk lubang ngam-ngam dengan pom pom.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran Motor Halus
– Sensori
– Finger Isolation

10. MEGA BLOCK POM POM SORTING
Bahan yang diperlukan : Blok lego yang pelbagai warna, pom pom, tweezer
Caranya : Minta anak asingkan pom pom mengikut warna yang sama menggunakan tweezer.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran motor halus
– Kekuatan jari
– Kemahiran mengelas
– Kordinasi mata-tangan
– Fokus

11. PHONICS GAME
Bahan yang diperlukan :Pom pom, bekas yang sama warna ( cawan kertas pun boleh), sticker, marker.
Caranya: Buat trick dengan anak dengan mengerakkan bekas laju-laju ( alaa, macam ahli silap mata buat tu). Lepas tu teka dekat anak, mana satu bekas yang ada pom pom kat dalam. Anak akan ambil dan sebut nama bekas. Selagi tak jumpa, dia akan baca. Sampailah akhirnya jumpa!
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Daya Ingin Tahu
– Kemahiran Membaca
– Fokus

12. POM POM SORTING
Bahan yang diperlukan : Bekas yang pelbagai warna, pom pom, tweezer
Caranya : Minta anak asingkan pom pom mengikut warna yang sama menggunakan tweezer. Aktiviti ini lebih kurang sama je dengan blok, cuma tukar bekas je hehe.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Kemahiran motor halus
– Kekuatan jari
– Kemahiran mengelas
– Kordinasi mata-tangan
– Fokus

13. POM POM WATER SENSORY BIN
Bahan yang diperlukan : Pom pom, bekas, air
Caranya : Isi air dalam bekas dan masukkan pom pom dan bekas. Bagi anak kebebasan untuk bermain sambil mereka memegang tekstur pom pom yang basah.
Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan:
– Sensori
– Berfikir secara logik
– Kemahiran Motor Halus
– Bertutur

Baca juga: Eksplorasi Aktiviti Sensori Bersama Anak-Anak
Seronok kan, main dengan pom-pom sambil anak-anak belajar?
Aktiviti-aktiviti ni bukan sekadar hiburan tapi penuh manfaat untuk perkembangan motor halus mereka.
Dengan rutin yang konsisten, kita boleh nampak anak lebih cekap guna tangan dan jari untuk benda-benda kecil.
Yang penting, kita pun dapat spend masa berkualiti bersama anak. Jadi, jangan tunggu lagi, cuba aktiviti-aktiviti ni dan lihat sendiri hasilnya!
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.