Blog

12 Aktiviti Unit Study Bertemakan Healthy Habits

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

In this unit, kita nak fokus pada konsep Healthy Habits yang boleh dipupuk sejak kecil. Aktiviti-aktiviti ini bantu anak-anak faham pentingnya menjaga kesihatan diri dengan rutin harian yang mudah tapi sangat penting. Selain itu, aktiviti ini juga fun dan praktikal untuk mereka fahami secara visual. Jom saya share aktiviti yang kami sekeluarga buat untuk tema ini.

1. Tooth Brushing Demonstration

Dengan model mulut besar, anak belajar teknik memberus gigi dengan betul. Ini memberi gambaran sebenar tentang cara memberus setiap sudut gigi untuk memastikan gigi bersih sepenuhnya. Mereka juga belajar untuk tak tergesa-gesa ketika brushing.

No photo description available.

2. Flossing Teeth Demonstration

Guna model mulut besar, anak-anak belajar teknik flossing yang betul. Aktiviti ini mudah tapi sangat penting untuk ajar mereka rutin membersihkan celah-celah gigi yang tak dapat dicapai dengan berus gigi sahaja.

No photo description available.

3. Parts of a Tooth Craft

Aktiviti kraf yang memperkenalkan bahagian-bahagian dalam gigi seperti enamel, dentin, pulp, roots, dan gums. Dengan membuat kolaj atau menampal bahan, anak-anak belajar struktur gigi dan kenapa pentingnya menjaga setiap bahagian.

No photo description available.

4. Healthy Food Beginning Sound

Aktiviti phonics dengan padanan bunyi permulaan huruf kepada gambar makanan yang sihat. Anak pilih huruf dan padankan dengan gambar seperti ‘A’ untuk Apple. Ini bukan sahaja memperkenalkan huruf tapi juga makanan yang baik untuk kesihatan.

No photo description available.

5. Brush the Shapes

Dalam aktiviti ini, anak gunakan berus untuk mewarnakan pelbagai bentuk seperti bulat, petak, dan bintang. Selain membantu motor halus, aktiviti ini mengaitkan konsep brushing dengan menjaga kebersihan secara menyeluruh, bukan hanya pada gigi.

No photo description available.

6. Washing Germs Sensory Bin

Sensory bin dengan air dan sabun serta sponge berbentuk tangan atau binatang digunakan untuk “basuh” germs. Anak boleh rendam dan cuci sponge, yang menyerupai aktiviti cuci tangan sebenar. Aktiviti ni ajar mereka rutin cuci tangan dengan cara yang menyeronokkan dan hands-on.

No photo description available.

7. Play Dough Germ Shapes

Anak buat bentuk germs guna play dough di atas kad bentuk seperti bulat, segi tiga, dan petak. Ini cara seronok untuk memperkenalkan bentuk sambil bincangkan tentang germs yang kita tak nampak tapi ada di mana-mana. Mereka jadi lebih faham kenapa perlu cuci tangan dan elak berkongsi barang dengan mudah.

No photo description available.

8. Healthy Teeth Writing Tray

Di sini, anak gunakan tray berisi garam atau pasir dan berus gigi untuk menulis nombor atau bentuk gigi. Aktiviti ini bukan saja membantu motor halus, tapi juga memperkenalkan kepentingan menjaga kebersihan gigi. Dengan cara ini, anak belajar konsep brushing melalui play-based learning.

No photo description available.

9. Food Pyramid Activity

Aktiviti ini ajar anak tentang kumpulan makanan dan piramid makanan. Dengan guna tape warna, kita bina piramid makanan besar di lantai dan susun gambar-gambar makanan ikut kategori seperti grains, vegetables, meats dan fats. Aktiviti ini bantu anak faham balance diet dan kepentingan makan pelbagai jenis makanan.

No photo description available.

10. My Clean Teeth Activity

Menggunakan gambar bentuk gigi yang besar, anak-anak diberi berus gigi dan cecair putih untuk “membersihkan” gigi tersebut. Aktiviti ini sangat sesuai untuk menekankan rutin gosok gigi setiap hari, sambil menyeronokkan.

No photo description available.

11. Blow Paint Germs

Anak-anak menggunakan straw dan cat untuk meniup cat pada gambar tangan, mencipta rupa seperti ‘germs’. Aktiviti ni memperkenalkan mereka kepada konsep kuman dengan cara yang seronok sambil mengasah kemahiran motor oral mereka.

No photo description available.

12. Good for Teeth, Bad for Teeth Sorting

Aktiviti sorting ini membantu anak-anak memahami makanan yang baik dan yang tidak baik untuk kesihatan gigi. Dengan menggunakan mainan makanan, mereka belajar membezakan makanan yang boleh membantu dan yang boleh merosakkan gigi, seperti gula-gula vs sayur-sayuran.

No photo description available.

Baca juga: Eksplorasi Aktiviti Sensori Bersama Anak-Anak

Healthy habits seperti ini amat penting untuk dipupuk dari kecil supaya anak-anak faham betapa pentingnya menjaga kesihatan diri. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja seronok, tapi juga memberikan mereka asas yang kukuh tentang penjagaan diri yang akan dibawa sehingga dewasa.

Jangan lupa untuk join channel saya supaya tak terlepas update tentang tips homeschooling dan aktiviti lain!

kesihatanvisualpraktikalfloss

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis