Menulis karangan mungkin nampak macam satu tugas berat, tapi sebenarnya ia boleh jadi satu aktiviti yang seronok dan kreatif untuk anak-anak!
Kalau kita tahu cara nak buat mereka teruja, menulis boleh jadi salah satu minat mereka. Kadang-kadang, masalahnya bukan anak tak pandai menulis, tapi mereka tak tahu macam mana nak mulakan atau apa yang nak ditulis.
Jadi, hari ni saya nak share beberapa tips yang boleh bantu anak-anak lebih enjoy dan bersemangat untuk menulis karangan.
1. Pilih Topik yang Mereka Suka
Mulakan dengan minat anak. Kalau dia suka kereta, suruh dia tulis cerita tentang kereta impian dia. Kalau suka binatang, ajak dia tulis kisah haiwan peliharaan yang boleh bercakap. Bila topik tu dekat di hati mereka, menulis pun jadi lebih seronok.
2. Beri Kebebasan untuk Berimaginasi
Jangan sekat kreativiti anak dengan idea “kena ikut format.” Biarkan mereka bebas mencipta cerita. Kalau nak tulis tentang robot yang boleh masak nasi lemak, why not? Lagi kreatif, lagi bagus!
3. Gunakan Visual atau Gambar sebagai Permulaan
Tunjukkan gambar atau poster, kemudian minta anak reka cerita berdasarkan apa yang mereka nampak. Contohnya, tunjuk gambar pantai dan tanya, “Cuba bayangkan kalau adik ada di sini. Apa yang adik buat? Siapa ada dengan adik masa tu?” Dari situ, mereka boleh mula bina cerita.
4. Buat Aktiviti Tulis Bersama
Kadang-kadang anak-anak perlukan sedikit dorongan. Jadi, cuba tulis cerita pendek bersama-sama. Mula dengan ayat pertama, kemudian suruh mereka sambung. Boleh juga buat gilir-gilir, seorang tulis satu perenggan, seorang lagi sambung. Aktiviti ni bukan je menyeronokkan, tapi juga buat anak rasa tak keseorangan.
5. Beri Ruang untuk Mereka Bercerita Dulu
Sebelum suruh anak terus menulis, cuba ajak mereka bercerita secara lisan dulu. Tanyakan soalan-soalan untuk membantu mereka kembangkan idea. Contohnya, “Lepas tu apa jadi? Macam mana dia selamatkan kawan dia?” Bila idea dah ada, lebih mudah untuk mereka mula menulis.
6. Tukar Menulis Jadi Aktiviti “Main-Main”
Cuba buatkan menulis ni macam satu permainan. Contohnya, boleh buat “challenge” siapa boleh cipta cerita paling kelakar atau cerita paling kreatif. Atau, sediakan props macam topi lanun atau pedang mainan dan ajak anak menulis kisah pengembaraan berpandukan props tu.
7. Berikan Pujian dan Penghargaan
Setiap kali anak menulis, puji hasil kerja mereka. Tekankan apa yang mereka buat dengan baik, contohnya, “MasyaAllah, idea kereta terbang ni memang kreatif!” atau “Baguslah jalan cerita ni, memang lain daripada yang lain.” Bila mereka rasa dihargai, semangat menulis akan lebih tinggi.
8. Sediakan Ruang Khas untuk Hasil Karangan
Buatkan satu ruang di rumah untuk hasil karya anak-anak. Tampal atau letak cerita yang mereka tulis di situ. Mungkin di dinding, rak buku kecil, atau album khas. Bila mereka nampak hasil kerja mereka dihargai, mereka akan rasa lebih seronok untuk menulis lagi.
9. Baca dan Komen dengan Nada Positif
Selepas anak habis menulis, duduk bersama dan baca cerita mereka. Ajak mereka bercerita tentang apa yang mereka tulis, dan berikan komen-komen positif. Contohnya, “Mama suka sangat watak hero yang abang cipta ni, dia memang berani!”
10. Gunakan Teknologi Jika Perlu
Anak lebih suka menaip daripada menulis tangan? Tak apa! Gunakan komputer atau tablet untuk bantu mereka menulis cerita. Ada juga aplikasi yang membantu mereka bina cerita dengan lebih mudah. Yang penting, mereka seronok dan ada ruang untuk berkreativiti.
Baca juga: Kenapa Anak Tak Suka Menyalin?

Bantu anak-anak kita jadikan menulis satu pengalaman yang menyeronokkan dan kreatif. Jangan paksa mereka untuk buat benda yang mereka tak minat, sebaliknya bantu mereka jumpa cara menulis yang paling sesuai dengan mereka.
Bila anak-anak seronok menulis, secara tak langsung mereka akan belajar lebih banyak dan jadi lebih yakin. Jadi, jom mula cari topik-topik menarik dan galakkan mereka kembangkan imaginasi melalui penulisan!
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.