Blog

Strategi Mengajar Anak yang Mudah Terganggu Perhatian

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
anak mudah terganggu perhatian

Kalau ada anak yang cepat terganggu perhatian, kita tahu betapa mencabarnya nak pastikan mereka stay fokus semasa belajar. Tapi jangan risau, ada cara-cara yang boleh kita cuba untuk bantu anak-anak kita lebih fokus dan belajar dengan lebih efektif. Jom tengok beberapa strategi anak mudah terganggu perhatian yang boleh membantu!

1. Pecahkan Sesi Belajar kepada Bahagian yang Lebih Pendek

Anak-anak yang mudah terganggu perhatian biasanya susah nak fokus dalam jangka masa yang panjang. Jadi, cuba pecahkan sesi belajar mereka kepada bahagian yang lebih pendek.

Contohnya, 15-20 minit setiap sesi. Lepas tu, bagi mereka rehat sekejap sebelum sambung ke sesi seterusnya. Dengan cara ni, mereka tak rasa overwhelmed dan boleh fokus sepenuhnya dalam masa yang lebih singkat.

2. Buat Rutin yang Konsisten

Rutin yang konsisten boleh bantu anak-anak tahu apa yang dijangka setiap hari. Contohnya, mulakan setiap sesi belajar dengan aktiviti yang sama, macam membaca atau menulis.

Bila mereka dah biasa dengan rutin tu, mereka lebih mudah untuk settle down dan fokus sebab mereka tahu apa yang akan datang seterusnya. Rutin ni juga boleh bantu mereka rasa lebih tenang dan bersedia untuk belajar.

3. Kurangkan Gangguan di Sekeliling

Pastikan ruang belajar anak bebas dari gangguan yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Contohnya, tutup TV, jauhkan alat mainan dan kalau boleh, letakkan gajet di luar bilik belajar. Pastikan juga ruang tu cukup selesa dan terang supaya mereka boleh fokus dengan baik. Kalau ada bunyi bising dari luar, cuba guna earplugs atau white noise untuk bantu mereka kekal fokus.

4. Gunakan Aktiviti yang Interaktif dan Visual

Anak-anak yang mudah terganggu perhatian biasanya lebih suka aktiviti yang interaktif dan visual. Guna flashcards, video pendek atau alat bantu mengajar yang berwarna-warni untuk tarik perhatian mereka. Aktiviti hands-on macam eksperimen sains atau permainan pendidikan juga boleh buat mereka lebih engaged dan kurang rasa bosan.

5. Berikan Arahan yang Jelas dan Ringkas

Bila beri arahan, pastikan arahan tersebut jelas dan ringkas. Contohnya, daripada cakap “Lais, selesai semua latihan matematik mama bagi ni,” lebih baik cakap “ Lais, buat soalan nombor 1 hingga 3 dulu.” Bila arahan lebih spesifik, anak-anak lebih mudah faham apa yang perlu mereka buat dan mereka tak mudah rasa keliru atau terganggu dengan perkara lain.

6. Berikan Ganjaran Kecil untuk Setiap Pencapaian

Motivasi juga penting untuk anak-anak yang mudah terganggu perhatian. Cuba berikan ganjaran kecil bila mereka berjaya fokus dan selesaikan sesuatu tugas.

Ganjaran tak semestinya dalam bentuk benda fizikal, tapi pujian, pelukan atau masa bermain lebih lama juga boleh jadi motivasi yang besar untuk mereka. Ini boleh bantu mereka rasa dihargai dan lebih bersemangat untuk terus fokus.

7. Bagi Peluang untuk Bergerak

Anak-anak yang susah fokus kadang-kadang perlukan masa untuk bergerak. Biar mereka bangun, regangkan badan atau jalan-jalan sekejap sebelum sambung belajar. Aktiviti fizikal boleh bantu mereka lepaskan tenaga berlebihan dan kembali fokus bila masa belajar bermula semula.

Cuba juga incorporate aktiviti yang melibatkan pergerakan dalam sesi belajar, macam belajar sambil bergerak ke stesen pembelajaran yang berbeza.

8. Tetapkan Matlamat yang Realistik

Pastikan matlamat yang kita tetapkan untuk anak-anak tu realistik dan boleh dicapai. Jangan terlalu push mereka untuk buat terlalu banyak dalam satu masa. Tetapkan matlamat kecil yang boleh dicapai dan berikan masa untuk mereka mencapai matlamat tu. Bila mereka berjaya, mereka akan rasa lebih confident dan termotivasi untuk terus berusaha.

Baca juga arkitel berkaitan: Tips dan Trick Mengatasi Masalah Anak Malas Belajar

Anak mudah terganggu perhatian

Dengan strategi-strategi ni, insyaAllah kita boleh bantu anak-anak yang mudah terganggu perhatian untuk lebih fokus dan menikmati proses pembelajaran. Ingat, setiap anak ada cara belajar yang berbeza, jadi penting untuk kita adapt pendekatan yang sesuai dengan keperluan mereka.

matlamatterganggu perhatianrealistikpencapaian

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis