Ada anak berusia 5 tahun , tapi tak tahu nak ajar apa?
Okay jadi hari ni saya share 15 pembelajaran dan kemahiran yang boleh kita sebagai parents ajar anak di rumah ya.
- Literasi Asas: Ajarkan ABC dan basic reading seperti bunyi. Gunakan buku cerita yang menarik untuk tarik motivasi mereka suka membaca.
- Numerasi: Basic counting dan simple addition dan subtraction.
- Fine Motor Skills: Aktiviti seperti coloring, cutting dan tracing shapes untuk memperkuat koordinasi tangan-mata.
- Life Skills: Contohnya, memakai baju sendiri, kemas mainan dan tolong mama sediakan simple snacks.
- Exploration & Creativity: Galakkan mereka untuk explore nature, buat arts and crafts dan imaginative play.
- Social Skills: Bawa mereka ke playgroups atau playground untuk develop social interaction skills.
- Motor Skills: Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan bermain di luar.
- Bahasa Kedua: Mulakan dengan simple phrases dalam bahasa lain.
- Emotional Development: Ajar tentang emosi dan cara menguruskannya.
- Critical Thinking: Gunakan puzzles dan games yang mencabar minda.
- Practical Skills: Ajar basic chores seperti menyapu dan mengemas bilik.
- Music & Movement: Integrasikan muzik dan tarian dalam rutin harian untuk keseronokan dan perkembangan motor.
- Elemen Agama Islam: Ajar doa-doa harian, seperti doa makan dan doa tidur, serta asas-asas solat.
- Cerita dan Kisah Nabi: Bacakan cerita-cerita tentang nabi dan kisah teladan untuk membentuk akhlak yang baik.
- Kreativiti melalui Permainan: Gunakan permainan role-play untuk mengembangkan kreativiti dan pemahaman sosial anak.
Dengan fokus kepada 15 elemen ini, insyaAllah akan menjadi pengalaman yang seronok dan berkesan.
Pastikan pembelajaran fun dan sesuai dengan minat anak-anak! Jangan paksa-paksa. Belajar bukan semata-mata untuk akademik, tapi juga untuk membina kreativiti, kemahiran hidup dan pemahaman agama.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.