Tak semestinya. Bila homeschool, kita ada banyak ruang untuk sesuaikan dengan minat dan keperluan anak-anak kita.
Itu kelebihan homeschool iaitu kita tak terikat dengan apa yang sistem tetapkan.
Kalau kita nak ikut subjek sekolah, macam matematik, bahasa dan sains, itu tak ada masalah. Tapi kalau kita rasa nak tambah sesuatu yang lebih sesuai dengan minat anak, kita boleh buat.
Contohnya, kalau anak minat haiwan, kita boleh ajar sains melalui kajian tentang habitat dan makanan haiwan. Kalau mereka suka seni, kita boleh selitkan banyak aktiviti melukis, mewarna atau projek DIY.
Kadang-kadang, subjek di sekolah lebih fokus pada teori, tapi homeschool beri peluang untuk ajar anak secara praktikal.
Contohnya, belajar matematik dengan cara kira kos barang di pasar, atau belajar sejarah dengan melawat muzium. Anak akan lebih cepat tangkap bila mereka nampak kaitan ilmu tu dengan dunia sebenar.
Kita juga boleh ajar subjek yang jarang disentuh di sekolah, macam coding, asas keusahawanan atau kemahiran hidup.
Kalau anak suka hands-on kerja, kita boleh rancang aktiviti seperti tanam pokok, buat kraf atau projek sains kecil di rumah.
Homeschool ni fleksibel. Kalau anak perlukan masa lebih untuk sesuatu subjek, kita boleh ulang sampai mereka faham. Kalau mereka cepat tangkap, kita boleh teruskan ke topik baru tanpa tunggu.
Subjek homeschool bukan tentang kejar silibus, tapi tentang bagi anak ruang belajar ikut rentak mereka sendiri.
Cara Yang Berbeza
Tapi kena ingat, cara setiap keluarga yang pilih homeschool ni berbeza.
Ada yang fokus pada akademik, ada yang suka pendekatan unschooling (belajar melalui pengalaman) dan ada yang campurkan kedua-duanya. Kita kena cari apa yang sesuai dengan anak dan keluarga kita, sebab tak ada satu cara yang betul untuk homeschool.
Baca juga: Betul Ke Homeschool Untuk Anak Yang Tak Suka Sekolah?

Subjek homeschool tak semestinya sama untuk semua keluarga homeschool. Tetapi bergantung kepada apa yang kita rasa penting untuk keluarga kita dan apa yang sesuai dengan cara anak belajar.
Dapatkan planner disini untuk memudahkan ibu ayah rancang subjek untuk anak-anak.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.