Blog

UASA Lebih Mudah dengan Aplikasi Pandai

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources

Saya perasan sekarang exam UASA untuk pelajar sekolah makin dekat.

UASA ni adalah ujian bertulis akhir tahun yang jadi penanda aras untuk tengok sejauh mana penguasaan pelajar dalam semua subjek utama yang mereka pelajari.

Walaupun kami homeschool, saya tetap nak anak-anak bersedia dan seronok belajar topik yang ada dalam silibus supaya mereka confident dan tak ketinggalan.

Jadi, saya nak saya satu aplikasi yang sangat membantu, sebab semuanya lengkap dalam satu tempat.

Dengan aplikasi ni, semua yang anak-anak saya perlukan dah tersedia dari latihan harian, nota, kuiz, hinggalah ke contoh soalan peperiksaan.

Bagi saya sebagai ibu, Alhamdulillah aplikasi Pandai ni memang worth it.

Anak-anak boleh ulang kaji dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai dengan cara mereka belajar.

Rutin harian anak jadi lebih teratur, anak-anak rasa lebih confident setiap kali habis ulang kaji.

Saya juga rasa tenang sebab tahu anak-anak seronok belajar dan sentiasa on track untuk capai yang terbaik.

Saya share apa yang ada dalam aplikasi ni ya.

1.

Bila anak-anak rasa macam “main game” tapi sebenarnya tengah belajar, kita tahu aplikasi ni memang special.

Dengan pelbagai subjek, nota interaktif yang warna-warni, kuiz dan topikal test – semuanya direka untuk buat anak-anak rasa lebih seronok nak belajar setiap hari.

2.

Nota yang simple, berwarna-warni dan ringkas tapi penuh dengan info penting. Setiap kali anak-anak baca nota tu, saya nampak mereka cepat faham, sebab ada visuals yang membantu buat topik yang mungkin rumit nampak lebih mudah

3.

Kuiz dalam aplikasi ini dirancang untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan. Dengan setiap kuiz yang dijawab, anak-anak dapat melihat markah mereka dan mengetahui sejauh mana pemahaman mereka. Ini memberikan rasa cabaran yang membuatkan mereka lebih bermotivasi untuk terus belajar.

4.

Ada pelbagai subjek yang dia boleh pilih sendiri. Dari Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan banyak lagi. Semuanya ada. Jadi, anak-anak bebas untuk fokus pada mana-mana subjek yang dia rasa nak lebih kuasai, tanpa perlu bergantung pada saya setiap masa.

5.

Satu lagi ciri yang saya rasa sangat membantu adalah contoh soalan peperiksaan. Saya tengok anak-anak rajin buat latihan dari soalan-soalan yang disediakan dalam aplikasi ni,

6.

Dalam sesi live tuition, anak-anak boleh berinteraksi dengan guru, Boleh bertanya soalan, dan mendapatkan penjelasan segera. Ini membantu mereka untuk lebih memahami topik yang mungkin mereka tak dapat kuasai sepenuhnya secara sendiri.

Baca juga: Jenis Exam untuk Anak Homeschool

Semoga dapat membantu ibu-ibu yang nak ajak anak belajar dengan cara menyeronokkan.

Boleh daftar dekat sini

Dan sertai channel support disini

 

interaktifkuiznotasilibus

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis