Kita semua ada harapan dan impian untuk anak-anak. Kita nak mereka berjaya, nak mereka pandai, nak mereka dapat ‘jalan hidup’ yang terbaik. Tapi, kadang-kadang tanpa kita sedar, kita mula tentukan jalan tu untuk mereka.
Kita mula ‘set’ apa yang kita rasa patut mereka capai, apa yang patut mereka minat dan siapa yang patut mereka jadi.
Hakikatnya, anak-anak ni bukan ‘kita.’ Mereka ada identiti sendiri, minat yang berbeza dan potensi yang unik.
1. Anak-anak Ada Jalan Mereka Sendiri
Apa yang kita anggap sebagai kejayaan mungkin bukan apa yang mereka lihat sebagai impian. Contoh mudah, mungkin kita suka sangat subjek matematik, jadi kita cuba galakkan anak supaya minat bidang yang sama.
Tapi, bila mereka tunjuk minat dalam coding dan cipta permainan digital, kita rasa seolah-olah mereka ‘lari’ dari laluan yang betul. Kita kena ingat, success looks different for everyone dan mungkin success bagi anak kita ada dalam bentuk lain yang tak kita jangka.
2. Memupuk Minat Berbanding Memaksanya
Daripada menetapkan apa yang kita rasa mereka perlu minati, kenapa tak kita pupuk minat mereka yang sedia ada? Kadang, bila kita cuba ‘push’ terlalu kuat dalam satu perkara, mereka boleh rasa tertekan dan mungkin akan tolak terus minat tu. Cuba observe dulu apa yang buat mereka betul-betul happy dan bersemangat.
Whether it’s building something, creating art atau even activities yang nampak kecil macam belajar tentang haiwan. Bila kita nurture minat tu, mereka akan belajar dengan lebih gembira dan mendalam.
3. Kesilapan yang Kita Pernah Lalui Tak Semestinya Mereka Akan Alami
Sebagai parents, kita kadang bawa beban pengalaman kita sendiri. Kalau kita pernah struggle dalam sesuatu, kita jadi takut anak kita akan ulang perkara yang sama.
Tapi, ini bukan fair untuk mereka. Kita perlu beri ruang untuk mereka buat pilihan sendiri dan alami pengalaman hidup dengan cara mereka. Beri mereka peluang untuk buat kesilapan mereka sendiri, percayalah itu pun sebahagian daripada proses belajar.
4. Keperibadian Anak Kita Adalah Unik
Setiap anak ada keperibadian yang berbeza. Ada yang extrovert dan suka bergaul, ada yang lebih suka masa tenang dan sendirian. Cuba elakkan daripada letak expectation yang terlalu rigid tapi bagi mereka ruang untuk explore dunia ikut cara mereka sendiri.
Bila kita terima dan celebrate individuality mereka, mereka akan rasa lebih dihargai dan berani jadi diri sendiri.
5. Kita Boleh Jadi Pembimbing, Bukan ‘Pengarah Hidup’
Anak-anak perlukan kita sebagai guide, bukan director. Kita boleh share pengalaman, beri nasihat dan ajar nilai-nilai hidup yang penting, tapi biar mereka buat pilihan sendiri.
Guide mereka dengan lembut dan tunjukkan mereka bagaimana untuk buat keputusan yang baik, tapi jangan takut untuk biarkan mereka buat keputusan kecil sendiri. Bila mereka buat pilihan sendiri, mereka akan rasa ownership terhadap hidup mereka dan lebih yakin menghadapi cabaran.
6. Hargai Kegagalan Mereka Seperti Kita Hargai Kejayaan
Kalau mereka ambil jalan yang berbeza dan akhirnya mengalami kegagalan, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita berkata “kan mama dah kata.” Sebaliknya, acknowledge usaha mereka dan berikan sokongan.
Tunjukkan yang kegagalan tu bukan titik noktah, tapi satu pelajaran untuk mereka cuba lagi dan perbaiki diri. Ini ajar mereka resilience, satu trait yang sangat penting dalam hidup.
7. Percaya Pada Potensi Mereka
Bila kita mula letak sepenuh kepercayaan pada anak-anak, kita akan lihat sendiri bagaimana mereka berkembang ikut cara dan pace sendiri. Mereka akan jadi lebih yakin untuk explore minat dan bakat tanpa rasa takut gagal atau mengecewakan kita.
Percaya yang mereka ada kekuatan sendiri yang mungkin kita belum nampak, dan kita di sini untuk jadi ‘support system’ yang bantu mereka sampai ke tahap tu.
Baca juga: Beri Pilihan dan Libatkan Anak Dalam Buat Keputusan

Akhirnya, kita kena ingat, anak-anak adalah manusia yang punya hak untuk tentukan jalan hidup mereka sendiri.
Tugas kita bukan untuk tentukan apa yang mereka patut jadi, tapi untuk jadi tongkat yang membantu mereka berdiri teguh, jadi sahabat yang mendengar bila mereka buntu dan jadi cahaya yang menerangi bila mereka rasa hilang arah.
Inilah erti sebenar support sebagai seorang ibu atau ayah iaitu melepaskan mereka untuk terbang, tapi tetap ada bila mereka nak pulang.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.