Blog

Homeschool Bukan Sekadar Belajar di Rumah

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Bila orang dengar perkataan homeschool, kebanyakan akan bayangkan anak-anak duduk di meja, ada buku teks dan ibu atau bapa ajar mereka satu persatu macam dalam kelas biasa. Tapi hakikatnya, homeschool lebih dari itu.

It’s not just about transferring what happens in a classroom to our home.

Konsep Pembelajaran Fleksibel

Sebenarnya, homeschool adalah tentang pembelajaran yang fleksibel, yang boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana, bukan terhad kepada meja belajar semata-mata.

Saya sendiri, sebagai seorang ibu homeschool, banyak belajar tentang konsep ni dari pengalaman. Pada awalnya, saya pun mula dengan mindset yang sama. Buat jadual, susun buku belajar dan setiap pagi duduk dengan anak-anak untuk sesi ‘kelas.’

Tapi lama-lama saya perasan, pembelajaran sebenar tak berlaku hanya pada masa “kelas” tu saja.

Sebenarnya, banyak yang anak-anak belajar di luar masa tu, bila kita ambil pendekatan lebih fleksibel dan ikut rentak mereka.

Belajar Melalui Aktiviti Luar

Contohnya, pagi tu mungkin kami mulakan dengan sesi math atau bahasa, tapi tengah hari kami keluar ke taman atau ke pantai.

Dalam aktiviti luar tu, tanpa disedari, mereka belajar tentang sains, alam sekitar, atau bahkan kemahiran sosial bila berinteraksi dengan orang lain.

Ada ketika, kami buat projek kitar semula. Asalnya untuk aktiviti santai, tapi anak-anak belajar lebih dari sekadar kitar semula.

Mereka faham tanggungjawab menjaga alam sekitar, guna kreativiti untuk ubah barang terpakai jadi sesuatu yang berguna dan dalam proses tu, mereka belajar kemahiran praktikal.

Dari barang yang dianggap tak bernilai, mereka berjaya hasilkan sesuatu yang membanggakan.

Pembelajaran Dalam Kehidupan Seharian

Sebenarnya, homeschool mengajar kita yang pembelajaran tak terhad kepada buku atau bilik darjah. Anak-anak boleh belajar dari aktiviti harian. Contohnya  memasak, bertukang, bermain di luar atau sekadar berbual-bual dengan ahli keluarga.

Anak-anak saya pernah belajar konsep pecahan masa kami buat kek bersama-sama. Saya tunjukkan bagaimana nak guna cawan sukatan dan mereka belajar yang setengah + setengah = satu. Pembelajaran ni nampak natural, tak formal, tapi impaknya besar.

Bukan tu saja, homeschool juga bagi peluang untuk kenal anak-anak lebih dekat. Kita dapat tengok apa minat mereka, apa yang buat mereka teruja dan apa yang mereka struggle.

Anak-anak saya, contohnya, ada yang lebih suka projek hands-on macam membina sesuatu dan ada yang suka baca buku dan kaji topik tertentu. Dengan homeschool, kita boleh sesuaikan cara pembelajaran ikut minat dan cara mereka belajar.

It’s not always easy. Ada hari yang lebih mencabar dari yang lain. Ada hari di mana anak-anak tak berminat atau kita rasa susah nak ikut jadual. Tapi saya belajar yang homeschool bukan tentang perfect schedule.

Ada kalanya, sesi belajar tak jadi seperti yang dirancang, tapi anak-anak tetap belajar sesuatu. Walaupun bukan dari buku.

Homeschool ni lebih kepada pembentukan karakter dan memberi ruang kepada anak-anak untuk belajar secara semulajadi. Kadang-kadang, pembelajaran sebenar berlaku di tempat yang tak kita jangka.

Mungkin masa mereka duduk tepi kolam, memerhatikan ikan berenang, atau masa mereka bertanya soalan tentang bintang di langit pada waktu malam.

Baca juga: Cara Nak Rancang Perjalanan Homeschool

homeschool

Di situ lah magiknya homeschool.

Bila kita sedar, pembelajaran berlaku sepanjang masa, tanpa kita sedar, di tempat-tempat yang kita tak sangka.

pembelajaranhands-onfleksibelterhad

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis