Waktu anak-anak masih kecil dulu, saya cari banyak cara untuk pastikan mereka belajar sambil bermain dan Montessori Method Kit ni memang antara yang terbaik. Dengan aktiviti hands-on dan bahan yang menarik, kit ni bukan sekadar buku biasa.
Tapi, kit ni dapat fokus untuk bantu anak-anak kecil explore dunia sekeliling mereka dengan cara yang menyeronokkan dan penuh warna.
Set Montessori Method Kit ini bukan sekadar buku biasa, tapi dilengkapi dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk merangsang manipulasi aktif anak-anak.
Selain daripada buku, ada juga sticker yang sangat sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak.
Set ni terdiri daripada beberapa buku menarik yang setiap satunya fokus pada tema tertentu:
Shapes
Melalui aktiviti kreatif seperti mewarna dan tampal, anak-anak akan belajar mengenal bentuk-bentuk asas. Aktiviti ini sangat bagus untuk pembelajaran visual dan motor halus mereka.
Garden
Buku ini memperkenalkan dunia tumbuh-tumbuhan kepada anak-anak, mengajar mereka tentang alam semula jadi dan kehidupan di taman. Aktiviti hands-on seperti ini membantu anak-anak lebih menghargai alam sekitar.
Numbers
Anak-anak akan belajar asas pengiraan melalui situasi harian di rumah. Aktiviti ini menjadikan matematik lebih praktikal dan mudah difahami oleh kanak-kanak.
Colors
Buku ini membantu anak-anak mengenal dan membezakan pelbagai warna. Dengan aktiviti yang melibatkan warna-warna , ini dapat merangsang kreativiti dan pemahaman visual mereka.
Feelings
Buku ni membantu anak-anak memahami dan mengenali emosi mereka. Aktiviti ini mengajar mereka tentang perasaan dan bagaimana untuk mengekspresikan diri dengan cara yang positif.
Set ni juga dilengkapi dengan instruction book untuk ibu bapa, membantu kita memandu anak-anak melalui setiap aktiviti dengan lebih teratur. Ada juga poster dan bahan tambahan lain yang boleh kita gunakan untuk memperkaya pengalaman pembelajaran anak-anak.
Baca juga: 18 Sensory Materials Yang Sesuai Untuk Anak
Pengalaman menggunakan Montessori Method Kit ni memang sangat membantu anak-anak saya ketika mereka masih kecil. Buku-buku ni bukan saja tahan lama, tapi juga penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat
Kalau anda sedang mencari bahan homeschool yang interaktif dan sesuai untuk pembelajaran awal, saya sangat cadangkan set ni. Selain mudah digunakan, tapi juga membantu anak-anak belajar dengan cara yang natural dan menyeronokkan.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.