Hari ni saya nak share sikit tips macam mana nak ajar anak membaca dalam Bahasa Inggeris dengan kaedah suku kata. Kaedah ni best sebab kita fokus pada bunyi huruf dan gabungannya untuk bentuk suku kata.
1. Pastikan anak anda sudah biasa dengan bunyi huruf individu dalam bahasa Inggeris.
2. Ajar anak anda cara menggabungkan bunyi huruf untuk membentuk suku kata.
3. Mulakan dengan Suku Kata Terbuka ( Open Syllable )
Bunyi vokal adalah panjang.
Tiada konsonan selepas vokal.
Contoh: no, go, hi, me, bi.
4. Baru dedahkan Suku Kata Tertutup ( Closed Syllable )
Bunyi vokal adalah pendek. Terdapat satu atau lebih konsonan selepas vokal. Contoh: cat, hat, pen, farm.
Bila anak faham perbezaan antara suku kata terbuka dan tertutup, anak-anak dapat meningkatkan kemahiran membaca mereka dengan mengenal pasti bunyi vokal yang berbeza berdasarkan struktur suku kata.
5. Gunakan Kad Imbas: Kad imbas dengan gambar dan suku kata boleh membantu anak mengingat dengan lebih baik.
6. Buat banyak game, contoh game
a) “Syllable Sort”:
Sediakan perkataan di atas kertas berasingan.
Minta anak-anak mengasingkan perkataan tersebut kepada dua kategori: open syllables dan closed syllables, dan letakkan di dalam bekas yang sesuai.
b) “Syllable Hopscotch”:
Buat grid hopscotch di lantai dengan perkataan yang mempunyai open dan closed syllables.
Minta anak-anak melompat ke kotak yang betul selepas membaca perkataan dan mengenal pasti jenis suku kata.
c) Potong dan tampal
Cetak gambar-gambar objek bersama dengan nama mereka (contoh: gambar kucing dengan perkataan “cat”).
Minta anak-anak memotong gambar dan perkataan, dan kemudian tampal pada kertas yang dibahagikan kepada dua bahagian: satu untuk open syllables dan satu lagi untuk closed syllables.
7. Tambah banyak lagi Aktiviti Interaktif
Gunakan lagu, video permainan, dan aplikasi pendidikan untuk membuat pembelajaran lebih menyeronokkan.
Baca juga: Tips Ajar Anak Tatabahasa

Antara channel best boleh tarik minat anak belajar Syallables
Okay, begitulah sikit-sikit. Ada sebarang soalan boleh tanya ya. InsyaAllah teacher english yang resign awal ni sudi membantu hehee.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.