Sebagai ibu bapa, kita semua pernah rasa frust bila anak tak dengar cakap, kan? Kadang-kadang kita dah ulang banyak kali, tapi anak tetap tak beri perhatian.
Hakikatnya, nak anak-anak dengar cakap kita bukan sekadar soal bagi arahan, tapi lebih kepada bagaimana kita berkomunikasi dengan mereka. Dan rahsianya adalah dengan komunikasi positif yang kita boleh mula seawal mungkin, sejak mereka kecil lagi.
Tenang dan Kasih Sayang
Pertama sekali, anak-anak cenderung lebih mudah mendengar apabila kita bercakap dengan nada yang tenang dan penuh kasih sayang. Kalau kita mulakan arahan dengan nada tinggi atau marah-marah, anak-anak mungkin rasa tertekan atau terus buat tak endah.
Sebaliknya, bila kita guna nada yang lembut dan jelas, mereka lebih cenderung untuk dengar dan beri perhatian.
Contohnya, bila adik-beradik bergaduh, kita mungkin rasa nak cepat-cepat marah untuk hentikan keadaan. Tapi cuba tukar pendekatan. Bila situasi tegang, ambil nafas dan guna nada lembut tapi tegas, “Adik, mama tahu abang buat adik marah, tapi kita tak boleh pukul abang.
Cakap elok-elok dengan abang dulu, kalau adik terus pukul abang sakit. Adik sayang abang kan?”
Dengan nada yang tenang, anak lebih mudah untuk dengar dan faham. Tapi jangan lupa tegur si abang juga. “Abang, mama nampak abang ambil mainan adik tanpa minta izin. Lain kali, minta izin dulu sebelum ambil barang orang. Kita kena hormat barang orang lain, sama macam abang nak orang hormat barang abang, kan?”
Beri Pilihan
Selain tu, beri pilihan juga adalah strategi yang sangat membantu. Anak-anak suka bila mereka rasa ada sedikit kawalan dalam keputusan mereka. Contohnya, “Adik nak kemas mainan sekarang atau lepas makan?” Dengan cara ni, anak-anak akan rasa lebih terlibat dalam keputusan, dan lebih mudah untuk ikut arahan kita. Tapi ingat, pilihan yang kita beri tu perlu realistik dan sesuai dengan situasi.
Menghargai Perasaan
Satu lagi cara penting untuk buat anak-anak lebih dengar cakap adalah dengan menghargai perasaan mereka. Kadang-kadang anak-anak tak dengar sebab mereka rasa tak difahami. Jadi, cuba acknowledge apa yang mereka rasa dulu sebelum beri arahan. Contohnya, “Mama tahu abang sedih sebab tak dapat main di luar sekarang, tapi kita boleh main selepas hujan berhenti, ya.” Dengan cara ni, mereka rasa kita faham perasaan mereka dan lebih mudah untuk terima arahan yang kita bagi.
Contoh yang Baik
Paling penting, kita kena jadi contoh yang baik. Kalau kita nak anak dengar dan hormat kita, kita pun kena tunjukkan yang kita dengar dan hormat mereka. Setiap kali mereka nak cakap sesuatu, cuba beri perhatian penuh. Biar mereka rasa suara mereka penting dan dihargai. Ini akan buat mereka lebih mudah untuk beri perhatian bila kita bercakap dengan mereka.
Pujian
Dan tak lupa juga, pujian memainkan peranan besar dalam komunikasi positif. Bila anak-anak buat sesuatu yang baik atau dengar cakap, jangan lupa puji mereka. Contohnya, “MasyaAllah, mama bangga sangat sebab adik dah kemas mainan tadi. Good job!” Pujian akan buat mereka rasa dihargai dan motivasi mereka untuk terus dengar cakap.
Baca juga: Ajar Anak-Anak tentang Empati dan Kasih Sayang
Kalau nak lebih banyak tips tentang cara nak buat anak lebih mudah dengar cakap dan berkomunikasi dengan baik, stay tuned! Parenting ni seronok bila kita tahu cara yang betul, dan insyaAllah saya akan kongsikan lebih banyak tips yang simple tapi sangat efektif!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.