Bila dah berusia ni, saya lebih selesa dengan small circle.
Dulu, mungkin saya rasa perlu ramai kawan, bergaul dengan banyak orang dan sentiasa ada dalam setiap acara sosial.
Tapi sekarang, saya lebih hargai hubungan yang lebih mendalam dan bermakna. Dalam circle ini, tak perlu berpura-pura atau rasa tertekan nak jadi orang lain. Kita boleh jadi diri sendiri, berkongsi cerita tanpa rasa dihakimi. Kita juga tahu yang kita dikelilingi oleh orang-orang yang betul-betul peduli.
Kebermaknaan Small Circle dalam Hidup
Small circle ni juga bawa ketenangan. Kita tak perlu sibuk ke sana ke sini cuba memenuhi ekspektasi semua orang. Akan tetapi cukup dengan mereka yang benar-benar faham dan terima kita seadanya.
Hubungan yang tulus dan ikhlas macam ni buat hidup lebih bermakna, sebab kita tahu, walau apa pun yang terjadi, ada orang yang sentiasa ada untuk kita, sokong kita dan faham apa yang kita lalui.
Kualiti vs. Kuantiti dalam Hubungan
Sekarang, saya lebih fokus pada kualiti berbanding kuantiti dalam persahabatan. Circle ni mungkin kecil, tapi di situlah saya jumpa kebahagiaan sebenar. Kita tak perlu banyak, cukup dengan beberapa orang yang betul-betul ada di sisi, itupun dah cukup berharga.
Pentingnya Keluarga dalam Small Circle
Dengan anak-anak, saya rasakan circle ni makin penting. Mereka adalah sebahagian daripada circle tu. Orang-orang yang saya betul-betul nak luangkan masa dan perhatian.
Saya mahu mereka tahu yang walaupun dunia ni luas dan penuh dengan orang, yang paling penting adalah orang yang dekat dengan kita, yang selalu ada untuk kita dan yang kita boleh harap dalam apa jua keadaan. Small circle ni ajar kita untuk hargai setiap detik bersama mereka yang kita sayangi dan saya tak boleh bayangkan hidup tanpa mereka di sisi.
Baca juga: Tak Perlu Jadi Perfect, Cukup Jadi Diri Sendiri

Lagipun, bila pilih laluan pendidikan yang agak berbeza dengan orang lain, susah nak jumpa sahabat yang betul-betul faham apa yang kita lalui, bukan mengecam, tapi memahami. Small circle ni biasanya terdiri daripada mereka yang menghormati pilihan kita, yang tak akan mempersoalkan keputusan yang kita buat, sebaliknya memberi sokongan tanpa syarat.
Itulah yang buat saya lebih menghargai circle ni, sebab mereka adalah orang-orang yang memilih untuk bersama kita, bukan kerana mereka perlu, tapi kerana mereka mahu.
Jom kita luaskan lagi circle kita dengan sebarkan positive vibes yaaa! Jemput join Idea Homeschool Anak untuk berjumpa dan ketahui perkongsian ibu-ibu yang tak lokek untuk berkongsi.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.