Blog

Sticker Buat Belajar Jadi Lebih Fun!

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Resources
sticker fun

Perasan tak sesi pembelajaran jadi lebih fun dan menarik dengan benda simple macam sticker? Anak-anak memang suka sticker, kan? Jadi, kenapa tak guna minat mereka ni untuk jadikan belajar lebih enjoy? Jom kita tengok macam mana nak guna sticker dalam homeschool, supaya anak-anak kita rasa seronok sambil belajar!

1. Sticker Sebagai Ganjaran

Anak-anak memang semangat kalau dapat sticker, betul tak? Jadi, kita boleh jadikan sticker sebagai ganjaran setiap kali mereka siapkan tugasan atau capai target harian. Contohnya, kalau mereka berjaya jawab soalan matematik dengan betul, bagi je sticker comel sebagai hadiah. Lagi banyak usaha, lagi banyak sticker yang mereka kumpul!

Yang bestnya, sticker yang mereka kumpul tu boleh tukar jadi “hadiah” macam masa extra untuk main game atau snack kegemaran. Dengan cara ni, mereka akan lebih motivated untuk terus belajar dan mereka happy, kita pun happy!

2. Hias Buku dan Planner dengan Sticker

Buku rujukan atau homeschool planner boleh diceriakan lagi dengan tampal sticker. Boleh tampal sticker kat halaman yang mereka suka Bila buku dan planner jadi cantik, anak-anak pun akan rasa lebih excited nak guna dan belajar. Plus, mereka boleh personalize bahan-bahan mereka ikut gaya sendiri.

3. Gunakan Sticker untuk Pembelajaran Interaktif

Sticker bukan untuk hiasan je tau, boleh juga guna untuk buat aktiviti pembelajaran yang interaktif. Contohnya, guna sticker huruf untuk ajar anak-anak eja perkataan atau guna sticker nombor untuk ajar kira-kira. Boleh buat aktiviti “matching game” di mana mereka perlu padankan sticker dengan gambar atau perkataan yang sesuai.

Lagi satu idea, boleh guna sticker muka senyum atau sedih untuk ajar anak-anak tentang emosi. Seronok kan?

4. Sticker untuk Pengurusan Diri

Sticker juga boleh bantu kita ajar anak-anak tentang pengurusan masa dan tanggungjawab. Dalam homeschool planner, kita boleh buat checklist harian dan bagi anak-anak tampal sticker setiap kali mereka siapkan satu tugasan. Bila mereka tengok planner penuh dengan sticker, mesti rasa puas hati dan bangga dengan usaha sendiri!

Ini juga boleh buat mereka lebih bersemangat nak siapkan tugasan lain, sebab mereka tahu akan dapat sticker lagi. It’s a win-win!

5. Buat Aktiviti Seni dengan Sticker

Sticker juga boleh jadi alat seni yang menarik. Apa kata kita bagi anak-anak satu tema, contohnya “dunia bawah laut” atau “alam semesta,” dan biarkan mereka buat kolaj menggunakan sticker yang ada. Aktiviti ni bukan je menyeronokkan, tapi juga boleh latih kreativiti anak-anak. Bagi mereka explore dan hasilkan karya seni yang unik dengan sticker! Ini juga boleh jadi masa bonding yang best antara kita dan anak-anak.

6. Belajar Bahasa dengan Sticker

Sticker juga boleh jadi alat untuk ajar bahasa baru. Kita boleh label barang-barang di rumah dengan sticker yang ada perkataan dalam bahasa lain, contohnya Bahasa Inggeris, Arab atau Mandarin. Setiap kali anak-anak nampak sticker tu, mereka akan ingat perkataan tu. Simple kan? Dengan cara ni, mereka akan belajar perkataan baru dengan cara yang mudah dan tak rasa terpaksa. Lagi-lagi kalau sticker tu comel, mesti mereka lagi suka!

Dapatkan sticker fun disini!

Baca juga: Muat Turun Printables Percuma

sticker fun

Sticker Bukan Saja Comel, Tapi Juga Berguna!

Siapa sangka benda simple macam sticker boleh buat homeschool jadi lebih seronok dan interaktif? Dengan guna sticker, kita bukan saja boleh tingkatkan motivasi anak-anak, tapi juga buat pembelajaran jadi lebih kreatif dan menarik.

Jadi, kalau rasa sesi homeschool macam bosan je, cuba tambahkan sticker dalam mix pasti anak-anak akan lebih enjoy dan excited untuk belajar!

 

ganjaranstickerfuninteraktif

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis