Saya Hanis Athirah dan suami saya Khairul Fakrullah merupakan bekas guru KPM. Setelah bertahun-tahun mengajar di sekolah, kami fikirkan anak-anak kami perlukan pendekatan yang lebih fleksibel dan sesuai dengan keperluan mereka sendiri.
Begitulah sedikit kisah pendek permulaan perjalanan kami sepenuh masa memilih homeschool sebagai pilihan pendidikan anak-anak kami.
Homeschooling bagi kami adalah peluang untuk terokai pelbagai kaedah pembelajaran, galakkan kreativiti dan beri perhatian khas kepada minat dan keperluan anak-anak.
Dalam perjalanan ini, kami lalui macam-macam cabaran dan kejayaan yang menguatkan lagi keyakinan kami terhadap homeschooling.
Salam mesra, Hanis Athirah
Misi Kami
Kami ingin sediakan pendidikan yang holistik, tanamkan nilai-nilai murni dan pupuk rasa ingin tahu serta cinta terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Kami percaya setiap anak ada potensi unik yang perlu digilap melalui pendekatan pendidikan yang fleksibel dan menyokong.
Apa Yang Ada Dalam Website Ini?
Perkongsian Perjalanan Homeschool
Blog perkongsiaan kisah dan pengalaman kami dalam dunia homeschooling. Kami kongsi dari cabaran harian, menjawab persoalan homeschool danĀ kejayaan yang menginspirasikan.
Aktiviti Anak
Idea aktiviti harian yang menyeronokkan dan mendidik untuk anak-anak. Dari projek seni, eksperimen sains, hingga aktiviti luar.
Bahan Pembelajaran untuk Dimuat Turun
Akses kepada pelbagai bahan pembelajaran yang boleh dimuat turun secara percuma. Termasuk printables, worksheet dan alat bantu mengajar.
Keperluan dan Bahan Bantu untuk Homeschool
Senarai keperluan asas dan bahan bantu yang memudahkan perjalanan homeschool, termasuk buku, alat keperluan homeschool, aplikasi pendidikan dan sumber dalam talian.
Komuniti Homeschool
Tempat untuk berkongsi pengalaman, dapatkan sokongan dan berhubung dengan keluarga homeschool lain.
Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.