Saya masih ingat hari pertama mula homeschool anak-anak. Dalam kepala, saya fikir: “Okay, this will be fun and simple!” Tapi, sejujurnya, ia jauh lebih mencabar daripada yang saya bayangkan. Setiap hari ada soalan baru, setiap minggu ada cabaran baru.
Macam mana nak plan jadual belajar?
Bahan apa yang sesuai ikut umur anak?
Dan… macam mana nak tahu kita buat semua ni dengan betul?
Waktu tu saya rasa macam hilang arah. Tapi dari situ juga saya belajar satu perkara penting.
Homeschooling tak semestinya kena buat seorang.
Tapi, kita semua perlukan sokongan, ilmuΒ dan komuniti.
Daripada pengalaman tu, saya tanam satu impian, nak cipta satu ruang khas untuk bantu ibu bapa homeschool macam saya. Ruang yang penuh dengan panduan, tools dan inspirasi. Dan akhirnya, impian tu akan menjadi kenyataan.
Pada 20 November 2024, InsyaAllah, Website HomeschoolHanis akan dilancarkan! π
Apa yang anda boleh harapkan?
β¨ Utama: Segala maklumat terkini dan pintu masuk ke pelbagai sumber homeschool.
βοΈ Blog: Himpunan penulisan berkaitan homeschool, tips parenting, strategi pendidikan dan bahan rujukan untuk memudahkan ibu bapa.
π Planner: Ruang khusus untuk mendapatkan planner homeschool yang direka untuk membantu perjalanan pendidikan anak-anak anda.
πββοΈ Tentang Kami: Kenali lebih dekat visi, misi dan kisah di sebalik HomeschoolHanis.
π¨οΈ Printable: Koleksi bahan pembelajaran percuma yang mudah dimuat turun untuk menyokong pendidikan anak-anak di rumah.
π¬ Komuniti: Sertai ruang perbincangan bersama ibu bapa homeschool lain untuk bertukar idea, pandangan, dan sokongan.
π Kelas Online: Peluang menyertai kelas dalam talian untuk pelbagai subjek menarik untuk anak-anak.
ποΈ Store: Temui produk eksklusif seperti planner, ebook dan banyak lagi untuk melengkapkan keperluan homeschool anda.
Website ini bukan sekadar projek tapi ia adalah hasil daripada semua cabaran, pembelajaran dan kegembiraan yang saya alami sepanjang homeschool anak-anak. Saya harap boleh jadi tempat rujukan dan semangat untuk anda juga.
Jadi, tandakan tarikh ini ya! ποΈ
20 November 2024
Saya tak sabar nak jemput anda semua ke “rumah maya” ini, di mana kita semua boleh belajar dan berkembang bersama-sama.
