Blog

Duta Twinkl Malaysia: Perjalanan Saya Sebagai Homeschool Mom

oleh Hanis Athirah dalam Resources

Alhamdulillah, saya kini Duta Twinkl Malaysia dan diberi peluang untuk compile sendiri satu pack khas yang saya guna dalam homeschool anak-anak saya. Hari ni saya nak kongsi sesuatu yang sangat dekat dengan hati saya. Ini bahan kegemaran yang saya sendiri pilih dan semuanya boleh dimuat turun secara percuma.

Apa Itu Twinkl?

Twinkl ialah platform pendidikan global dari UK yang digunakan oleh lebih 10 juta pendidik dan ibu bapa seluruh dunia, termasuk komuniti homeschool Malaysia. Bagi saya, Twinkl ni macam perpustakaan maya yang sangat hidup. Macam-macam bahan ada, ikut umur, subjek dan keperluan anak.

Contoh Bahan Dalam Twinkl

✅ Lembaran kerja ikut subjek dan tahap umur
🎨 Aktiviti hands-on dan printable craft
✍️ Writing dan phonics pack untuk bantu literasi
🌍 Unit study ikut tema
🗣️ Bahan pelbagai bahasa: BM, English, Arabic

Kenapa Saya Suka Twinkl

✔ Jimat masa, tak perlu buat bahan dari kosong
✔ Sesuai dengan pelbagai gaya pembelajaran anak
✔ Banyak pilihan ikut kurikulum.

 Bahan Percuma Dari Saya

Saya compile satu Resource Pack Percuma khas yang memang kami guna. Ada worksheet simple, aktiviti menarik dan printable yang anak-anak saya suka. Sebab tu saya sangat recommend Twinkl untuk homeschool anak-anak.

Twinkl printable resources untuk homeschool anak di Malaysia oleh Teacher Hanis

Bahan homeschool percuma dari Twinkl yang saya sendiri guna dan compile untuk anak-anak.

🖱️ KLIK SINI untuk download sekarang:

Penutup

Saya akan terus kongsi bahan-bahan lain dari masa ke semasa. Kalau ada yang nak tahu macam mana nak guna atau susun ikut silibus, boleh komen atau DM saya terus.

Moga usaha kecil ini bermanfaat untuk mak ayah yang tengah ikhtiar beri pendidikan terbaik untuk anak.

homeschooltwinklteacher hanis picks

Artikel Berkaitan

Praesent turpis risus, interdum nec venenatis id, pretium sit amet purus. Interdum malesuada fames ac ante ipsum primis in faucibus.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis