Anak-anak perlukan rutin dan batasan yang jelas supaya mereka tahu apa yang kita expect dari mereka. Contohnya, kalau kita dah tetapkan bahawa masa main habis bila jam pukul 6.30 petang, pastikan kita stick dengan peraturan tu setiap hari.
Dengan batasan yang konsisten, anak-anak lebih mudah nak dengar kata sebab mereka dah tahu apa yang diharapkan. Lais dan Qais, contohnya, tahu bila jam pukul 6.30 petang, itu masa untuk berhenti main dan bersiap untuk pulang ke rumah, insyaAllah mereka lebih senang nak ikut bila peraturan tu konsisten.
Kenapa Konsistensi Penting?
Bila kita konsisten dengan peraturan, anak-anak akan rasa lebih selamat dan yakin dalam rutin harian mereka. Mereka tahu apa yang akan berlaku seterusnya dan ini membantu mengurangkan rasa cemas atau bingung.
Bayangkan, kalau satu hari kita biarkan mereka main sampai lewat dan esoknya kita minta mereka berhenti awal, mereka akan rasa keliru. “Kenapa semalam boleh, tapi hari ni tak boleh?” Itu yang akan bermain di fikiran mereka.
Konsistensi juga membantu membina disiplin diri dalam anak-anak. Bila mereka tahu ada peraturan yang tetap, mereka akan belajar untuk menghargai masa dan tanggungjawab.
Konsistensi Buat Hidup Lebih Tenang
Konsistensi dalam menetapkan batasan juga boleh buat hidup kita sebagai ibu bapa jadi lebih tenang. Bila anak-anak dah tahu apa yang diharapkan, insyaAllah tak akan timbul isu yang sama setiap hari. Mereka dah tahu dan terima peraturan tu sebagai sebahagian daripada rutin harian.
Bagaimana Nak Kekal Konsisten?
Memang tak dinafikan, kadang-kadang kita sendiri susah nak kekal konsisten, lebih-lebih lagi bila kita penat atau ada hari yang sibuk. Tapi, cuba ingat yang konsistensi ni penting untuk perkembangan anak-anak kita. Salah satu cara untuk kekal konsisten ialah dengan melibatkan anak-anak dalam menetapkan peraturan.
Bila mereka rasa mereka ada suara dalam proses tu, mereka akan lebih cenderung untuk patuhi peraturan yang ditetapkan.
Selain tu, cuba buat peraturan yang realistik dan mudah untuk diikuti. Kalau peraturan tu terlalu ketat atau susah nak dilaksanakan, kita sendiri mungkin akan susah nak kekal konsisten. Jadi, tetapkan batasan yang sesuai dengan umur dan tahap anak-anak kita dan pastikan kita sendiri
Baca juga: Tips Jadi Lebih Peka Terhadap Keperluan Anak

Konsistensi, Kunci kepada Disiplin dan Keharmonian
Bila kita tetapkan batasan yang konsisten, kita sebenarnya sedang bantu anak-anak membina disiplin diri, rasa tanggungjawab dan juga keyakinan dalam rutin harian mereka.
Konsistensi ni bukan je buat hidup anak-anak lebih teratur, tapi juga buat hidup kita sebagai ibu bapa jadi lebih tenang dan kurang stres. Anak-anak tahu apa yang diharapkan dari mereka, dan kita pun tak perlu lagi ulang arahan yang sama banyak kali.
Jadi, cuba kekalkan konsistensi dalam menetapkan batasan. Bukan untuk menyusahkan, tapi untuk bantu mereka jadi individu yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. Bila peraturan jelas dan konsisten, semua orang dalam rumah akan lebih senang hati dan kehidupan seharian pun akan jadi lebih harmoni.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.