Dengan izin Allah, Allah permudahkan jalan dan melancarkan urusan dalam mendidik anak belajar jawi ini.
Semoga dengan perkongsian ini, saya doakan dapat membantu sahabat yang juga masih mencari rentak bagaimana nak ajar anak jawi dengan cara yang mudah.
Dulu masa awal-awal bermula, pelbagai kaedah dan cara digunakan, tapi serius banyak kali juga berhenti tengah jalan, rehat kejap dan cuba lagi. Anak tak minat, sukar untuk sampaikan ilmu, bahan mengajar tak menarik, dan sejujurnya saya sendiri tiada ilmu khusus mengajar jawi kepada anak.
Betul, sebab masa mengajar dulu mana pernah ajar Jawi dekat anak murid, dapat relief kelas pun sementara saja.
Bila nak ajar anak ni, mula terkial-kial. Jadi, saya mulakan dengan mencari ilmu dan meminta pendapat rakan yang mempunyai pengalaman.
Tips yang saya peroleh dan aplikasi untuk anak minat belajar Jawi ialah:
- Kenalkan huruf dan bunyi huruf jawi.
- Buat aktiviti pengecaman huruf jawi menyeronokkan bersama anak.
- Biasakan anak dengan lagu huruf Jawi.
- Pilih kaedah pengajaran yang lebih kepada multisensori.
- Sediakan bahan sokongan mengajar yang menarik.
- Pilih buku bacaan belajar Jawi yang interaktif.
- Pilih mainan jawi seperti Jawi Felt, Knob Puzzle.
- Sediakan visual card huruf jawi.
Yang saya suka ialah, bahan-bahan pengajaran jawi yang berwarna-warni dan menyeronokkan dapat menarik minat anak untuk belajar lebih lama dan efektif. Alhamdulillah, ia dapat membantu kita mengajar anak-anak membaca dengan lebih santai.
Saya juga menggunakan alat-alat bantuan belajar yang menyeronokkan untuk membantu anak-anak dalam proses pembelajaran. Sambil belajar, mereka dapat mengaitkan bunyi dan bentuk huruf dengan cara yang kreatif.
Aktiviti Multisensori
Fingerprint Acivity
Aktiviti Cam Bunyi Betul dan Salah
Tulis Atas Pasir
Baca juga: Aktiviti Literasi Awal Huruf Vokal
Tapi, harus diingatkan ya, setiap anak mempunyai minat dan kecenderungan berbeza.
Saya kongsikan apa yang telah dipraktikkan dan dengan izin Allah berjaya untuk anak-anak saya.
Namun, saya tidak dapat jamin kaedah ini akan berkesan untuk semua, tetapi semoga ia memberi inspirasi.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.