Saya tahu isu beri gadget ke anak-anak ni memang selalu jadi topik panas.
Ada yang tak bagi langsung, ada yang beri kebebasan penuh dan ada yang cuba seimbangkan.
Masing-masing ada sebab tersendiri. Dan jujurnya, tak ada satu pun cara yang paling betul sebab setiap keluarga berbeza.
Pendekatan Kami Terhadap Gadget
Di rumah kami, anak-anak tak ada gadget sendiri. Kalau nak screen time, mereka akan pinjam dari saya atau suami.
Sebab dari awal, kami memang putuskan begitu, boleh ada screen time, tapi tak perlu sampai ada gadget sendiri.
Anak sulung saya Ahza suka sangat tonton dokumentari, topik-topik yang kadang-kadang saya sendiri susah nak explain tanpa bantuan visual.
Dengan dokumentari tu, dia dapat explore banyak benda, dari sejarah sampai ke sains, yang kadang buat dia lebih banyak bertanya.
Afraz pula lain ceritanya, dia suka sangat explore sains. Dia suka explore sains dan baru-baru ni dia mula minat coding. Bagi dia, kalau ada game atau video interaktif tentang sains atau coding, itu cara yang paling seronok untuk dia belajar.
Kadang-kadang, dia tak perasan pun dia tengah belajar sebab dia betul-betul enjoy dengan aktiviti tu.
Hormati Pilihan Setiap Keluarga
Tapi saya faham, tak semua keluarga buat keputusan yang sama. Ada ibu bapa yang lebih selesa tanpa skrin langsung, mereka rasa pendekatan tu lebih baik untuk perkembangan anak-anak.
Saya ada kawan yang pilih untuk anak-anak mereka lebihkan aktiviti fizikal dan mainan tanpa skrin. Itu pilihan mereka dan saya hormat cara tu.
Kadang-kadang, terlintas juga fikiran tentang betapa berbezanya pendekatan setiap keluarga. Setiap anak tak sama, jadi tak ada satu cara yang sesuai untuk semua.
Apa yang berkesan untuk keluarga kami mungkin tak sama dengan keluarga lain. Dan bagi saya, itulah yang paling penting, kita hormat pilihan masing-masing.
Pendekatan pinjam gadget ni rasa paling kena untuk kami. Anak-anak ada akses bila perlu, tapi tetap ada kawalan.
Kadang-kadang, bila tengok mereka betul-betul enjoy belajar dari screen time yang terhad tu, saya rasa lega. Sebab saya tahu kami dah buat keputusan yang sesuai untuk mereka.
Baca juga: Tips Kawal Masa Skrin Anak

Akhirnya, setiap ibu bapa buat keputusan berdasarkan keperluan anak masing-masing. Kita tak perlu banding atau rasa cara kita paling betul.
Semua ibu bapa buat yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi, mari kita sama-sama hormat pilihan setiap keluarga.
Sebab pada akhirnya, kita semua nak yang sama iaitu nak anak-anak kita membesar dengan cara yang terbaik.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.