Blog

Make and Float Paper Boat Activity

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Petang tu, saya decide nak buat satu aktiviti simple dengan anak-anak iaitu “Make and Float Paper Boat Activity.” Aktiviti ni nampak macam fun je, tapi sebenarnya banyak yang boleh di-explore. Saya ajak anak-anak ke balkoni and we started by setting up our mini ocean.

Step 1: Set Up Our “Ocean”

Mula-mula, kami tuang air dalam tray besar, lepas tu saya titiskan pewarna biru sikit dalam air tu supaya nampak macam laut. Anak-anak teruja tengok air berubah warna. Saya pun cakap, “Alright, ni laut kita. Nanti kita akan tengok bot kertas kita ni boleh tak float atas air.”

Kami lipat kertas sama-sama jadi bot. Mudah je fold-nya, tapi anak-anak excited sangat bila tengok bot tu siap. Sambil tu saya share sikit pasal keapungan, “Bila benda tu ringan, dia akan terapung. Tapi kita nak tengok, boleh tak bot ni tampung benda berat tanpa tenggelam.”

Step 2: Experiment with Rocks – Let’s Test the Limit

Anak-anak tak sabar nak test bot mereka. Saya cadangkan, “Okay, kita letak batu satu-satu dalam bot ni. Tengok sampai bila dia boleh tahan sebelum tenggelam.”

Batu pertama, okay. Batu kedua, bot masih steady. Tapi lepas tambah lagi batu, tiba-tiba… ploop! Bot tu tenggelam. Anak-anak gelak besar! Saya pun explain, “Bila berat benda dah lebih dari daya apungan bot, memang dia akan tenggelam.” Anak-anak nampak macam baru faham konsep tu sebab mereka tengok depan mata.

Step 3: Float Test with Bottle Caps

Lepas bot tenggelam, saya keluarkan penutup botol plastik. Saya ajak mereka try benda baru, “Cuba letak batu dalam penutup botol ni. Tengok sama ada dia float atau sink.”

Mereka pun letak batu, and surprisingly, penutup botol tu masih terapung walaupun ada batu dalamnya! Saya explain sikit, “Sebab bentuk dan saiz permukaan penutup botol tu buat dia ada daya apungan lebih kuat. Jadi, dia boleh float walaupun ada weight.”

Anak-anak angguk, nampak macam mereka finally dapat grasp konsep floating dalam cara yang simple.

Step 4: Second Boat, This Time with Strategy

Anak-anak masih tak puas hati dengan bot pertama yang tenggelam, jadi kami lipat lagi satu bot kertas. Kali ni saya cadangkan, “Kita letak batu sikit-sikit je, jangan sampai overload. Tengok boleh tahan lama mana.”

Kami test lagi, dan kali ni bot tu berjaya terapung lebih lama. Anak-anak rasa bangga macam mereka dah discover teknik baru! Mereka mula faham pasal konsep balance , kalau letak sikit-sikit, bot boleh stay atas air lebih lama.

Step 5: Takeaway Science yang Fun

Lepas habis main, saya recap balik apa yang kami belajar. “Hari ni kita belajar pasal keapungan, macam mana berat boleh buat benda tenggelam, and the importance of balance.” Anak-anak angguk puas hati, rasa macam scientist kecil yang berjaya buat eksperimen sendiri.

Bagi saya, aktiviti ni bukan je eksperimen sains biasa, tapi juga quality time yang tak ternilai. Sambil belajar, kami gelak-gelak, explore, and I could see the joy and curiosity dalam mata mereka. Sometimes, it’s the simple activities macam ni yang buat kita rasa closer as a family.

Baca juga: Aktiviti Unit Study Bertemakan Fire Safety

 Next Adventure?

Anak-anak dah mula plan next session nak buat bot dari bahan lain pula. Saya senyum and kata, “Boleh! Nanti kita try buat lagi. Kita tengok kalau boleh buat bot yang lebih strong dan tahan lama.”

Kadang-kadang, aktiviti macam ni bukan sekadar mainan, tapi itulah moments yang buat anak-anak belajar sambil enjoy.

Dan saya pun belajar untuk connect dengan mereka dengan cara yang paling natural iaitu melalui exploration dan laughters.

warnaapungantenggelampermukaan

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis