Aktiviti menyurih adalah satu kaedah menarik yang boleh membantu anak-anak mengasah kemahiran motor halus mereka sambil belajar tentang bentuk dan arah.
Dalam aktiviti ini, anak-anak bukan sahaja belajar untuk mengawal pensel atau krayon, tetapi juga meningkatkan koordinasi tangan-mata mereka.
Terdapat pelbagai jenis garisan seperti menegak, melintang, menyerong, zig zag dan melengkung yang boleh diperkenalkan secara berperingkat untuk menambah variasi dan keseronokan dalam pembelajaran.
Salah satu aktiviti lembut jari untuk anak belajar menulis ialah menyurih.
Kaedah menyurih ini lebih kepada latihan awal untuk anak belajar menulis dan anak belajar meniru bentuk sebenar.
Semasa awal pendedahan untuk belajar menyurih, tak semestinya terus berikan anak pensel. Contoh aktiviti menyurih tanpa pensel ialah
- Salt Tracing
- Sand Tracing
- Mirror Tracing
- Coin Tracing
Bila anak dan dibiasakan, barulah kita dedahkan mereka untuk menggunakan pensel.
InsyaAllah, jika anak sudah biasa menyurih, anak akan mahir menulis dengan tulisan yang betul, urutan pergerakan tangan yang teratur dan kawalan pensel yang betul.
Anak akan seronok menulis dan tak mudah letih.
Aktiviti menyurih juga dapat meningkatkan koordinasi tangan-mata, ketangkasan dan kecerdasan ruang.
Dekat bawah ini saya sertakan jenis dan kelebihan aktiviti menyurih.
Semoga bermanfaat insyaAllah.
Surih garisan menegak dan melintang

Surih garisan menyerong

Garisan zig zag

Surih garisan melengkung

Surih garisan bulatan

Garisan ikut bentuk

Surih garisan bebas

Huruf dan nombor

Surih Lukisan

Untuk dapatkan buku surih @ tracing yang comel ni, boleh dapatkan disini

Baca juga: 10 Urutan Perkembangan Dalam Menggunting
Dengan pelbagai jenis garisan untuk disurih, aktiviti ini memberikan peluang kepada anak-anak untuk belajar dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Selain meningkatkan kawalan tangan, aktiviti ini juga membantu mereka bersedia untuk menulis huruf dan angka.
Pastikan mereka mendapat pujian dan dorongan sepanjang proses untuk meningkatkan keyakinan dan minat mereka. Aktiviti ini bukan sahaja bermanfaat untuk perkembangan fizikal tetapi juga memberikan pengalaman positif dalam proses pembelajaran awal mereka.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.