Homeschool bukan untuk semua dan itu tak salah. Saya tahu ayat ni mungkin pedih, tapi inilah kenyataan yang ramai tak berani cakap terus terang.
Maaf, saya tahu ayat ni mungkin pedih.
Tapi ini bukan tentang siapa lebih baik, siapa kurang.
Ini tentang kesesuaian, tentang kefahaman, tentang kenal anak dan kenal diri sendiri.
Kadang kita sangka anak akan lebih ‘bebas’ kalau homeschool.
Tapi kita lupa satu perkaran iaitu bila bebas tanpa arah = hanyut.
Sesetengah anak perlukan rutin yang konsisten.
Yang lain pula thrive bila ada struktur, jadual dan suara guru.
Dalam masa sama, ada juga mak ayah yang tak sempat nak duduk ajar anak kerana sibuk kerja atau kekurangan ilmu, kesabaran dan support system.
Sebenarnya itu bukan kelemahan tapi itu kenyataan.
Saya sendiri pun pernah sangka homeschool ni untuk semua.
Tapi rupanya tak.
Ada anak yang lebih bersinar bila dia ada ruang sosial luar.
Ada anak yang lebih selesa dengan gaya belajar tradisional.
Percayalah itu tak salah.
Baca juga sini
Jangan Skip Ini Kalau Nak Perjalanan Homeschool Lebih Santai
Yang salah bila kita paksa anak ikut pilihan kita, sedangkan kita tak tengok pun apa sebenarnya yang dia perlukan.
Homeschool bukan trend.
Bukan solusi universal.
Bukan jalan keluar dari sistem.
Homeschool adalah keputusan besar yang perlukan ilmu, doa dan muhasabah.

Bukan semua anak sesuai homeschool dan itu tak salah.
Kalau sekarang tengah fikir nak mula homeschool, jangan tengok apa yang orang lain post.
Tapi, tengok anak. Tengok diri sendiri.
Tengok sejauh mana kita boleh komited, sabar dan konsisten.
Sebab bila kita homeschool,
kita bukan sekadar tukar tempat belajar.
Tapi, kita tukar seluruh sistem yang kita sendiri kena jadi kapten untuk bahtera yang kita cipta.
Nak rancang homeschool dengan lebih teratur? Dapatkan planner anda di sini.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.