Jadi ibu yang pilih untuk homeschooling anak ni, satu perkara best ialah saya dapat kebebasan bila-bila nak travel.
Tak perlu cuti tunggu sekolah, boleh je plan pergi mana-mana masa kita suka.
Travel bukan setakat jalan-jalan tapi anak-anak boleh belajar banyak benda baru sekali.
Sebab itu kami gabungkan homeschooling dan worldschooling ni untuk berikan pengalaman yang holistik buat anak².
Tak dinafikan, bila tak kerja memang dah takde gaji macam dulu. Cuma dulu, masa saya kerja, life memang hectic sangat. Keluar sebelum subuh, balik rumah je dekat malam.
Nak cuti travel? Kena plan betul-betul dulu sebab risau bertindah dengan program dekat sekolah.
Dekat dunia ni, tak kira la kaya ke tak, semua orang suka duit.
Tapi saya percaya, duit tu tak semestinya membawa kebahagiaan.
Pengalaman travel dengan family? Sangat bermakna dan akan dikenang sampai bila².
Jadi, begitulah saya pilih jadi surirumah dan homeschool anak, berbanding sebelum ni saya bekerja sebagai guru dan anak-anak bersekolah.
Faham, kadang-kadang bila kita jadi surirumah, ada je yang pandang rendah kat kita. Mereka tengok je dari luar, tapi hakikat tak nampak betapa kerja kerasnya kita nak pastikan segala-galanya berjalan lancar di rumah.
Tapi biarlah, orang nak fikir macam mana pun, yang penting kita yakin dengan apa yang kita buat.
Ada juga yang tak berapa puas hati bila saya kata anak-anak saya sepenuhnya homeschool. Mungkin mereka risau pasal prestasi akademik, sosial atau mungkin mereka ingat kita tak mampu jadi guru yang baik.
Tapi takpe, asalkan kami yakin dengan apa yang kita lakukan, biarlah orang nak cakap apa.
Yang penting, kami tekad nak teruskan usaha kita dengan penuh keyakinan. Biarlah anak-anak kami yang akan alami betapa hebatnya pilihan pendidikan ini dengan keredhaan Allah.
Yang lain tu, biarlah mereka tengok dari tepi je. Kita chill je, buat apa yang kita rasa betul, dan biar kita teruskan melangkah dengan yakin. 😊
Jadi, teruskan usaha. Cherish every moment dengan family, jaga diri sendiri dan keep on chasing your dreams.
Kita semua ada cerita yang unik, yang penting, jangan lupa selalu bersyukur dengan apa yang ada. Chill je, enjoy life, dan love yourself! ✌️❤️
P.S : Saya hanya menulis pilihan kehidupan saya sendiri, dan tak semestinya pilihan ni terbaik untuk semua orang. Segala yang baik dari dari Allah dan yang buruk dari kekhilafan saya sendiri.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.