Blog

Cara-Cara Nak Tackle Anak Cepat Bosan Bila Belajar

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Ada tak ibu-ibu dekat sini berhadapan dengan anak yang cepat bosan bila belajar?

Bayangkan kita tengah seronok ajar topik baru, tiba-tiba anak dah mula buat muka, hilang fokus dan tak berminat nak teruskan.

Rasa macam bercakap sorang-sorang je.

Kadang-kadang baru lima minit belajar, dah mula minta rehat atau nak buat aktiviti lain.

Pernah hadapi tak?

Takpe, jangan risau.

InsyaAllah hari ni saya nak share cara-cara nak tackle supaya anak seronok belajar dan tak mudah bosan:

Guna Hands-On Learning:

Anak-anak lebih mudah faham konsep bila mereka boleh lihat, pegang dan buat sendiri. Contohnya, belajar sains dengan memasang sendiri litar elektrik.

Mereka boleh kenal komponen elektrik seperti bateri, wayar, dan mentol dan belajar bagaimana sambungan elektrik berfungsi. Aktiviti macam ni bukan saja seronok, tapi buat anak lebih faham dan ingat lama.

Buat Aktiviti Menyeronokkan:

Buat pembelajaran jadi macam games. Contohnya, ajar pecahan dengan menggunakan blok atau lego.

Anak boleh pecahkan blok tersebut kepada bahagian yang lebih kecil untuk memahami konsep pecahan. Bila anak seronok, mereka lebih berminat dan mudah ingat apa yang dipelajari.

Variasikan Cara Mengajar:

Tukar-tukar cara mengajar supaya anak tak bosan. Contohnya, hari ni guna buku, esok guna video, lusa buat aktiviti luar rumah. Pembelajaran yang pelbagai buat anak lebih teruja.

Kita boleh gabungkan pelbagai teknik seperti demonstrasi, eksperimen dan perbincangan untuk mengekalkan minat mereka.

Beri Masa Rehat:

Jangan paksa anak belajar terlalu lama. Beri mereka masa rehat yang cukup. Otak mereka pun perlukan masa untuk memproses apa yang dipelajari.

Ambil masa untuk main di luar, buat aktiviti fizikal atau sekadar berehat sambil mendengar cerita. Anak-anak perlu masa untuk berehat dan ‘recharge’.

Puji dan Beri Ganjaran:

Beri pujian dan ganjaran bila anak berjaya faham atau ingat sesuatu. Ini akan motivasi mereka untuk terus belajar dan buat yang terbaik.

Pujian dan ganjaran kecil seperti sticker atau masa bermain tambahan boleh jadi motivasi yang baik.

Ajar dengan Kasih Sayang:

Anak-anak lebih mudah belajar dalam suasana yang penuh kasih sayang dan sokongan. Beri mereka ruang untuk bertanya dan jangan marah kalau mereka tak faham.

Cipta suasana belajar yang tenang dan positif. Anak-anak lebih seronok belajar bila mereka rasa disayangi dan dihargai.

Buat Aktiviti Berkaitan Minat Anak:

Cari tahu apa yang anak minat dan kaitkan dengan pembelajaran. Contohnya, kalau anak minat kereta, guna topik kereta untuk ajar sains, matematik dan membaca.

Belajar tentang sejarah automotif atau buat projek kereta mini. Bila anak belajar tentang sesuatu yang mereka minat, mereka lebih seronok dan berminat.

Gunakan Teknologi Secara Bijak:

Guna platform pendidikan yang interaktif untuk bantu pembelajaran. Anak-anak boleh jawab kuiz dan dapat rewards

Baca juga: 15 Kemahiran Sosial Anak Perlu Belajar

Begitulah.

Memang kena kreatif dan fleksibel dalam pendekatan setiap hari untuk elak anak bosan bila belajar.

Kita nak anak tahu belajar tu sesuatu yang seronok dan penuh dengan penemuan baru, insyaAllah.

Selamat Mencuba!

 

interaktifsokongankuizautomotif

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis