Blog

Aktivity Unit Study: Apple Theme

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Belajar sambil bermain memang cara paling best untuk anak-anak belajar. Tambah lagi kalau ada tema yang fun macam Apple ni!

Aktiviti-aktiviti ni bukan saja mudah tapi penuh manfaat untuk perkenalkan konsep nombor, abjad, dan sains secara hands-on. Perfect untuk sesi pembelajaran santai di rumah atau homeschool!

1. 10 Apples Up On Top

Main kira-kira guna kad epal! Susun epal di atas kepala boneka atau gambar, sambil ajak anak kira satu persatu. Aktiviti ni memang sesuai untuk perkenalkan nombor sambil latih motor skills.

No photo description available.

2. Apple Number Hunt

Dalam tray beras warna-warni, sembunyikan kad epal dengan nombor. Anak-anak boleh “hunt” nombor yang kita minta. Seronok sangat sambil boleh asah fokus dan counting skills mereka.

No photo description available.

3. Apple Count and Sort

Sediakan epal kertas yang ada titik atau nombor. Anak boleh kira titik dan padankan dengan nombor yang betul. Aktiviti simple ni memang bagus untuk konsep matching dan pengenalan nombor.

No photo description available.

4. Apple Name Recognition

Guna huruf abjad pada epal kertas untuk anak belajar kenal huruf dalam nama mereka. Lagi best bila anak nampak nama sendiri dalam aktiviti ni. Akan terdetik rasa special dan buat mereka lebih engaged!

No photo description available.

5. Apple Sensory Soup

Dalam bekas air, letakkan mainan epal dan pom-pom merah dan hijau. Boleh jadikan “sup epal”! Aktiviti ni bukan je melatih motor halus tapi juga beri ruang untuk anak main imaginasi dan pretend play.

No photo description available.

6. Apple Picking Sensory Bin

Buat “apple picking” activity guna pom-pom merah dan hijau. Anak boleh guna penyepit atau tangan untuk kutip dan asingkan warna. Aktiviti ni bagus untuk coordination dan skill sorting.

No photo description available.

7. Apple Part Labeling

Potong sebiji epal dan letak label pada setiap bahagian seperti “stem,” “seeds,” “flesh” dan “skin.” Dengan aktiviti ni, anak dapat belajar tentang parts of an apple sambil tengok dengan lebih dekat.

No photo description available.

8. Apple Life Cycle Sequencing

Guna kad yang tunjuk stages dalam hidup epal, dari seed hingga jadi buah. Aktiviti ni bantu anak faham konsep life cycle dengan cara visual yang mudah difahami.

No photo description available.

Baca juga: Aktiviti Unit Study: My Body

Dengan aktiviti bertemakan epal ni, belajar jadi lebih menarik! Setiap aktiviti boleh disesuaikan ikut umur anak, dan secara tak langsung mereka dapat explore konsep baru sambil belajar dalam suasana yang fun. Perfect untuk tambah ilmu sambil bonding bersama anak-anak!

hands-onsainsnomborabjad

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis