Blog

Aktiviti Unit Study: My Body

oleh Hanis Athirah Rusli dalam ResourcesPendidikan

Mengenalkan konsep “My Body” kepada anak-anak adalah cara yang sangat menarik untuk membantu mereka memahami tubuh badan mereka sendiri.

Dalam unit study ini, anak-anak akan belajar mengenai pelbagai aspek tubuh seperti struktur tulang, organ dalam badan, hingga deria yang membantu mereka mengenali dunia sekitar.

Dengan aktiviti praktikal yang akan saya kongsikan ini,  pembelajaran bukan sahaja menjadi lebih seronok tetapi juga meningkatkan daya ingatan dan kefahaman mereka.

Setiap aktiviti disusun untuk memastikan anak-anak boleh belajar sambil bermain, memberi peluang kepada mereka untuk bereksplorasi secara visual dan kinestetik.

My Skeleton Craft

Aktiviti My Skeleton Craft ni memang comel dan seronok! Dengan menggunakan gambar anak sendiri sebagai kepala, mereka akan buat rangka badan menggunakan cotton buds.

Aktiviti ni sangat bagus untuk mereka belajar struktur asas rangka manusia dengan cara yang hands-on. Tambahan pula, bila anak buat rangka diri sendiri, mereka akan lebih mudah ingat dan faham struktur asas badan mereka.

No photo description available.

Skin Colour Sort

Aktiviti ni membantu anak-anak memahami kepelbagaian warna kulit manusia. Dengan menggunakan kad tangan dalam pelbagai warna kulit, mereka akan belajar untuk mengasingkan kad mengikut warna.

Selain belajar mengenal warna, aktiviti ni juga bagus untuk memupuk rasa hormat pada kepelbagaian. Bonus point, anak-anak jadi lebih aware tentang konsep “setiap orang itu unik” dalam bentuk yang mudah mereka fahami.

No photo description available.

X-Ray Sound Stamping

Aktiviti X-Ray Sound Stamping ni sangat bagus untuk membantu anak-anak kenal huruf sambil memahami fungsi x-ray! Dalam aktiviti ni, mereka akan menggunakan dot markers untuk buat stamping pada huruf “X” atau x-ray diagram.

Sambil mereka buat stamping, boleh ajar tentang x-ray dan bagaimana ia membantu doktor melihat bahagian dalam badan. Aktiviti ni sangat sesuai untuk meningkatkan kefahaman bunyi huruf dan meningkatkan kemahiran motor halus.

No photo description available.

My Body Sensory Bin

Sensory bin bertema “My Body” ni sangat menarik sebab anak-anak boleh explore pelbagai bahagian badan melalui touch and feel. Dalam bekas ni, ada bahan-bahan seperti beras hitam dan kepingan puzzle (hyperlink) yang menggambarkan bahagian tubuh badan.

Anak-anak boleh belajar mengenali tulang, otot, dan organ dalam badan dengan cara yang menyeronokkan. Sambil mereka explore, mereka juga boleh buat sambungan antara bahagian badan yang dipelajari dengan tubuh mereka sendiri.

No photo description available.

Beginning Sound Body

Dalam aktiviti ni, anak-anak akan menggunakan huruf dan bahagian badan pada gambar tubuh manusia yang besar. Contohnya, boleh letakkan huruf “B” pada bahagian “brain” atau “L” pada “liver.”

Aktiviti ni bagus untuk ajar bunyi huruf awal dalam perkataan serta mengenalkan organ dalam badan. Simple, tapi efektif untuk bina asas pembelajaran bahasa dan sains pada masa yang sama!

No photo description available.

Blood Sorting

Aktiviti Blood Sorting ni membantu anak-anak memahami komponen dalam darah secara visual. Dengan menggunakan pom-pom merah dan kuning dalam air, mereka akan asingkan “darah merah” dan “sel darah putih.”

Aktiviti ni boleh jadi pengenalan awal kepada konsep sel dalam badan dan apa fungsi setiap komponen dalam darah kita. Memang simple, tapi membantu anak lebih faham tentang fungsi asas tubuh badan.

No photo description available.

Bone Size Sort

Dalam aktiviti ni, anak-anak akan belajar mengenal tulang dalam pelbagai saiz dan membezakan antara tulang kecil, sederhana, dan besar. Mereka akan masukkan kad tulang ke dalam cawan yang berlabel “Small,” “Medium,” dan “Large.”

Aktiviti ni membantu anak memahami bahawa tulang dalam badan kita berbeza-beza dari segi saiz dan bentuk, sesuai dengan fungsinya. Ini pun bagus untuk ajar konsep saiz dan klasifikasi!

No photo description available.

Baca juga: 10 Aktiviti Motor Kasar yang Buat Anak Teruja dan Aktif

Dengan aktiviti-aktiviti ni, bukan saja anak-anak akan belajar tentang tubuh badan mereka, tapi juga akan dapat pengalaman hands-on yang mendalam dan menyeronokkan.

Setiap aktiviti direka untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan cara yang mudah difahami dan sesuai dengan perkembangan usia mereka.

Semoga aktiviti ni memberi inspirasi untuk pembelajaran di rumah! 😊

Jangan lupa untuk join channel saya supaya tak terlepas update tentang tips homeschooling dan aktiviti lain!

sainsstampingorgankomponen

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis