Blog

Aktiviti Unit Study Bertemakan Fire Safety

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Bila kita cakap tentang fire safety, mesti kita nak anak-anak faham macam mana nak protect diri mereka dalam situasi kecemasan, kan?

Dengan unit study ni, kita gabungkan elemen belajar dengan aktiviti yang penuh warna dan interaktif, supaya mereka bukan saja dapat pengetahuan, tapi enjoy the process!

Aktiviti-aktiviti ni semua simple dan engaging, sesuai sangaat kalau nak buat kat rumah atau homeschool setting. Let’s go through one by one!

Fire Truck Handprint Art

Anak-anak guna tangan diorang untuk buat “fire truck” dengan cat warna merah. So cute dan mereka akan excited tengok hasilnya sebab nampak macam fire truck betul! Aktiviti ni juga ajar mereka tentang rupa trak bomba dan pentingnya alat ni dalam situasi kecemasan.

No photo description available.

Fire Rescue Free Play

Free play ni guna mainan trak bomba dan little figures untuk buat simulasi rescue scene. Mereka boleh reka situasi kecemasan kat atas peta mainan, macam bomba datang selamatkan orang. Aktiviti ni memang bagi ruang pada imagination dan problem-solving skills anak-anak.

No photo description available.

Fire Safety Sensory Bin

Sensory bin ni dipenuhi dengan benda-benda merah macam yang represent fire dan ada objek kecil lain untuk diorang “padamkan.” Anak-anak boleh hands-on rasa dan main sambil faham konsep keselamatan dari api. Sensory play sambil belajar, best kan?

No photo description available.

Fire Safety Numbers Clip

Untuk yang ni, kita guna kad dan klip yang ada gambar macam fire hydrant atau extinguisher untuk kira. Anak-anak kena kira jumlah objek dan padankan dengan nombor. Simple tapi bagus untuk asah kira-kira dan pengenalan tentang barang-barang keselamatan.

No photo description available.

Building on Fire Simulation

Kita buat mock-up bangunan dari kotak, siap dengan “api” kat tingkap! Anak-anak boleh simulasi selamatkan “penduduk” kecil dalam bangunan ni. Selain fun, aktiviti ni juga bagi mereka idea tentang evakuasi dan tindakan pantas dalam situasi kecemasan.

No photo description available.

Fire Truck Number Puzzle

Puzzle ni ada kepingan nombor yang bila disusun, akan tunjuk gambar fire truck. Mereka bukan saja belajar susun nombor, tapi akan tengok gambar penuh trak bomba sebagai reward lepas siap. Best untuk latih minda dan bagi diorang happy tengok hasil akhir!

No photo description available.

Fire Fighting Sensory Bin

Dalam sensory bin ni ada gambar-gambar tempat yang biasa terbakar macam rumah, sekolah, hutan. Anak-anak boleh guna mainan trak bomba untuk “padamkan api” di setiap tempat, sambil belajar peranan bomba dalam situasi yang berbeza-beza. Kreatif kan?

No photo description available.

Fire Finger Painting

Anak-anak guna jari mereka untuk cat api dengan warna merah, oren, dan kuning. Sambil diorang buat finger painting, diorang belajar bentuk dan warna api. Aktiviti ni memang boleh bagi diorang rasa “kenal” api dengan cara yang selamat.

No photo description available.

Baca juga: 13 Aktiviti Menarik dengan Pom-Pom untuk Asah Motor Skill Anak

Unit study Fire Safety ni memang perfect untuk bantu anak-anak faham keselamatan kebakaran dengan cara yang penuh keseronokan. Setiap aktiviti ni bukan sekadar fun, tapi ada ilmu penting tentang macam mana nak protect diri dari bahaya api.

Dengan pendekatan hands-on dan playful ni, anak-anak belajar sambil bermain dan mereka akan lebih ingat apa yang dipelajari. Sesuai sangat untuk sesi pembelajaran santai di rumah atau dalam homeschool setting.

hands-oninteraktifkecemasansimulasi

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis