Blog

8 Cara Untuk Bantu Anak Kembali Semangat Belajar 

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Parenting

Kadang-kadang kita rasa anak-anak kita malas belajar, tapi sebenarnya bukan malas. Tapi, mereka cuma perlukan pendekatan yang lebih sesuai dengan cara mereka belajar.

Sebagai ibu bapa, kita ada peluang besar untuk bantu mereka temui semula semangat tu, tapi semuanya bermula dengan memahami keperluan mereka. Apa kata kita ubah pendekatan dan cuba cara baru?

Di sini saya kongsikan 8 cara untuk bantu anak kembali semangat belajar:

1. Fahami Gaya Belajar Anak

Setiap anak ada cara belajar yang berbeza. Ada yang suka tengok gambar, ada yang suka dengar cerita dan ada yang kena buat aktiviti fizikal baru boleh faham.

Kenali gaya belajar anak dan sesuaikan cara ajar supaya lebih mudah untuk mereka.

2. Pecahkan Tugasan Jadi Kecil-Kecil

Kadang-kadang mereka rasa malas sebab tugasan tu nampak besar dan susah. Cuba pecahkan tugas jadi lebih kecil, contohnya buat 5 soalan je dulu, lepas tu rehat.

Bila tugasan jadi manageable, mereka lebih mudah nak mula dan tak cepat putus asa.

3. Wujudkan Suasana Belajar yang Cozy

Pastikan ruang belajar mereka selesa dan bebas dari gangguan. Buat sudut belajar yang kemas dan menarik supaya mereka rasa lebih motivated nak duduk belajar.

Mungkin letak bantal empuk, lampu yang cozy atau barang kegemaran mereka kat situ.

4. Libatkan Anak dalam Proses

Kadang-kadang anak rasa bosan sebab mereka tak ada kawalan dalam apa yang mereka belajar. Apa kata biar mereka pilih topik yang mereka nak explore dulu?

Bila mereka rasa ada pilihan, mereka akan lebih semangat nak belajar sebab mereka sendiri yang decide.

5. Hargai Usaha, Bukan Hasil

Jangan lupa puji usaha mereka, bukan semata-mata hasil. Contohnya, anak saya Afraz dah faham konsep pinjam dalam tolak, puji dengan gaya santai macam, “Haa, pandai Afraz! Ingat ya, bila pinjam, jangan lupa kena ganti balik!

MasyaAllah, mama bangga sangat sebab Qais dah boleh tolak macam pro!”

Pujian ni bukan je buat mereka rasa dihargai, tapi juga akan buat mereka tersenyum sambil terus semangat nak belajar lagi.

6. Beri Rehat dan Masa Bermain

Belajar non-stop boleh buat anak cepat bosan dan hilang minat. Jadi, pastikan mereka ada rehat yang cukup!

Jadualkan masa bermain antara sesi belajar supaya mereka dapat recharge dan lebih fokus lepas tu. Main pun penting untuk otak mereka tau!

7. Jadi Contoh yang Baik

Anak-anak ni suka tiru apa yang mereka tengok. Kalau mereka nampak kita rajin bekerja atau baca buku, mereka pun akan rasa nak buat benda yang sama.

Tunjukkan contoh yang baik dengan tunjukkan minat kita dalam belajar atau bekerja dengan tekun. InsyaAllah mereka akan terinspirasi dan ikut jejak kita.

8. Tukar Cara Pembelajaran yang Lebih Interaktif

Kadang-kadang anak-anak kelihatan malas sebab cara pembelajaran yang mereka lalui tak menarik.

Cuba tukar dengan aktiviti yang lebih interaktif, seperti menggunakan game edukatif, eksperimen sains atau video pembelajaran.

Macam kami, setiap hari anak-anak wajib buat kuiz dekat Pandai apps, bukan saya yang mewajibkan, tapi mereka wajibkan diri mereka sendiri sebab nak achieve streak hehe.

Kalau tak ada lagi apps ni, boleh explore sini ya.

Baca lagi: Ajar Anak ‘Delayed Gratification’ dengan Cara Simple

Setiap anak ada cara belajar yang berbeza. Bila kita ambil masa untuk faham apa yang mereka perlukan, mereka akan rasa lebih dihargai dan termotivasi.

Jangan cepat label mereka ‘malas,’ tapi cuba jadi penyokong terbaik mereka.

Dengan sedikit kreativiti dan kesabaran, anak-anak kita pasti boleh berjaya dan belajar dengan penuh semangat

fizikalsantaiusahasemangat

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis