Blog

Perkara Perlu Tahu Sebelum Mulakan Homeschool

oleh Hanis Athirah dalam Homeschool
Perkara Perlu Tahu Sebelum Mulakan Homeschool

Kalau cakap pasal homeschooling, mesti banyak benda yang bermain dalam fikiran. “Boleh ke aku buat ni? Apa yang aku kena tahu dulu?”

Percayalah, semua soalan ni normal, sebab saya sendiri pernah melalui fasa yang sama. Sebelum kita betul-betul terjun dalam dunia homeschool, ada beberapa perkara penting yang perlu kita renungkan. Bukan sekadar nak ajar anak di rumah, tapi lebih kepada memahami dan menyediakan diri untuk tanggungjawab besar ni.

Tahu Potensi Diri

Homeschooling ni memang cabaran besar, tapi percaya tak, sebenarnya kita semua ada potensi untuk jadi guru terbaik untuk anak-anak kita. Sebelum mula, cuba tengok dalam diri, apa kekuatan kita? Setiap ibu bapa ada cara tersendiri yang unik, dan itu yang akan jadi kekuatan kita dalam homeschooling.

Ukur Kemampuan Keluarga

Homeschooling ni bukan kerja seorang saja, tapi memerlukan kerjasama satu keluarga. Kita perlu tengok kemampuan keluarga, dari segi masa, kewangan dan tenaga. Kalau rasa macam semua benda dah terlalu berserabut, mungkin kita perlu duduk berbincang dulu dengan pasangan atau keluarga. Pastikan semua orang dalam keluarga tahu dan setuju dengan keputusan ni, sebab ia akan mempengaruhi kehidupan seharian kita.

Minat dan Kecenderungan Anak

Anak-anak ni ada dunia mereka sendiri. Setiap seorang ada cara belajar yang berbeza. Ada yang suka belajar dengan buku, ada yang suka buat eksperimen, dan ada yang suka belajar sambil bermain. Sebelum mula homeschool, kita perlu kenal pasti apa yang anak-anak minat dan bagaimana mereka suka belajar. Dari situ, kita boleh rancang kurikulum yang bukan sahaja efektif, tapi juga menyeronokkan untuk mereka.

Rancang Kurikulum yang Fleksibel

Homeschooling ni seronok sebab kita boleh rancang sendiri apa yang anak-anak belajar. Tapi jangan lupa, kita juga perlu fleksibel. Mungkin hari ni anak semangat nak belajar sains, tapi esoknya mereka lebih minat nak buat seni. Fleksibiliti ni yang buat homeschooling unik, sebab kita boleh ikut rentak anak-anak dan pastikan mereka sentiasa seronok belajar.

Sediakan Ruang Pembelajaran yang Sesuai

Ruang belajar anak-anak juga penting. Tak perlu ruang yang besar atau fancy, cukup sekadar sudut kecil yang tenang dan selesa. Pastikan ruang tu bebas dari gangguan, supaya anak-anak boleh fokus sepenuhnya. Biar mereka rasa ruang tu adalah tempat istimewa untuk mereka belajar dan berkreativiti.

Bina Komuniti Homeschooling

Walaupun homeschooling ni nampak macam kita buat semua benda sendiri, sebenarnya ada banyak komuniti homeschool di luar sana. Susah nak cari? Boleh join komunitu kami disini. Bila sertai komuniti ni insyaAllah kita boleh dapat sokongan, tips dan idea-idea baru. Lebih seronok bila anak-anak boleh jumpa kawan-kawan lain yang juga homeschooling. Ini juga peluang untuk mereka bersosial dan belajar dari rakan sebaya.

Kesabaran dan Ketabahan

Last sekali, homeschooling ni memang perlukan banyak kesabaran. Ada hari-hari yang mencabar dan mungkin ada masa di mana kita rasa macam nak give up. Tapi ingat, setiap cabaran tu sebenarnya peluang untuk kita belajar dan jadi lebih baik. Dengan kesabaran dan ketabahan, insyaAllah, kita boleh laluinya.

Dan kalau korang rasa perlu panduan yang lebih terperinci, saya sangat cadangkan untuk baca ebook “Mudahnya Nak Pandai Homeschool”. Dalam ebook ni, ada banyak tips dan panduan yang boleh bantu kita mula homeschool dengan lebih yakin.

Homeschooling ni satu perjalanan yang penuh dengan cabaran, tapi percayalah, ia juga penuh dengan kepuasan yang tak ternilai.

Praesent turpis risus, interdum nec venenatis id, pretium sit amet purus. Interdum malesuada fames ac ante ipsum primis in faucibus.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis