Blog

Macam Mana Nak Didik Anak Lelaki?

oleh Hanis Athirah dalam Parenting
Ibu dan anak lelaki peluk semasa mengajar tentang emosi dan hormat

Ramai yang tanya macam mana nak didik anak lelaki supaya jadi kuat tapi masih ada hati?

Anak lelaki tak sama macam anak perempuan.
Mereka bukan keras kepala. Tapi mereka perlukan ruang untuk rasa ‘in control’.
Bukan tak dengar cakap. Tapi mereka nak difahami, bukan dikawal.

Saya belajar satu perkara penting sebagai mak  cara didik anak lelaki.

“Anak lelaki tak boleh dibentuk dengan bebelan dan jeritan  tapi dengan arah yang jelas, penuh dignity dan leadership with love.”

Anak Lelaki Lahir Dengan Drive to Lead

Dalam diri mereka ada fitrah nak jadi pemimpin.
Tapi kalau dari kecil mereka dibesarkan dengan kritikan, ugutan atau marah yang berpanjangan, risau fitrah itu boleh rosak.

Khuatir mereka akan membesar sama ada terlalu pasif ataupun terlalu agresif.

Anak lelaki yang dihina secara berulang, akan rasa inferior.
Anak lelaki yang dikawal tanpa empati, akan hilang jati diri.

Saya mula ubah cara. Sebab itu, saya ajar dari dalam – bukan dengan tekanan.

Saya Mula Didik Dari Dalam – Bina Karakter, Bukan Sekadar Akal

  • Emotional Mastery
    Bila anak marah, saya tak suruh diam. Saya ajar dia kenal emosi, sebut nama emosi tu dan regulate perlahan-lahan. Saya nak dia jadi lelaki yang tahu bila nak marah dan bila nak istighfar.
  • Accountability With Love
    Kalau dia salah, saya tak terus marah. Saya panggil dia duduk sama-sama dan kami bincang. Supaya dia tahu tanggungjawab bukan beban, tapi amanah.
  • Courage With Adab
    Saya beri dia ruang untuk tanya, argue dan bagi pendapat. Tapi saya latih dia untuk guna nada yang beradab. Berani bukan alasan untuk biadab.
  • Spiritual Identity
    Saya selalu cerita tentang Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Tentang keberanian yang lahir dari taat, bukan ego. Supaya dia tahu nak adi lelaki sejati, bukan hanya kuat badan tapi kuat taqwa.

Sebagai Mak Saya Adalah Inner Voice Dia

Setiap reaksi saya, akan jadi suara dalam kepala dia bila dia dewasa.
Kalau saya suka merendahkan, dia akan rasa tak cukup.
Kalau saya suka memujuk, dia akan rasa berharga.

Saya nak jadi inner coach, bukan inner critic.

Saya juga tahu, sekiranya saya nak anak lelaki hormat perempuan,
saya kena jadi perempuan yang bermartabat, bukan hanya penuh permintaan.

Jika saya nak dia jadi pemimpin masa depan, saya kena pimpin dengan sabar hari ini.

Ibu dan anak lelaki peluk semasa mengajar tentang emosi dan hormat

Didik anak lelaki melalui hormat dan arah jelas, bukan jeritan

Doa Seorang Ibu

Saya tak nak anak lelaki yang hanya pandai jawab soalan exam.
Saya nak dia tahu jawab panggilan iman.
Saya tak kejar dia jadi popular.
Saya doa dia jadi pemuda yang Allah cinta.

“Ya Allah,
Jadikan anak lelaki ini lelaki yang tahu bila patut tunduk dan bila patut berdiri.
Yang tahu beza diam kerana sabar, dan diam kerana takut.
Yang berjiwa tenang, tapi prinsipnya tegas.
Yang penuh cinta, tapi tak lemas dalam dunia.”

📣 Untuk lebih banyak tips parenting dan sokongan homeschooling, jemput sertai komuniti kami:
Kumpulan Support Homeschool Hanis  Klik Sini

 

Seorang bekas guru KPM dan kini ibu yang tekad menjalankan homeschooling untuk anak-anak saya. Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, saya bersemangat untuk berkongsi sumber, tips dan pengalaman saya dalam perjalanan homeschooling di website ini. Saya juga hasilkan planner homeschool yang direka untuk membantu ibu bapa mengatur pendidikan anak-anak mereka dengan lebih efektif.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis