Ramai tanya kenapa saya bawa anak travel masa kecil.
Soalan ni dah biasa saya terima.
“Tak penat ke?”
“Tak leceh ke?”
“Kesian anak…”
Soalan macam ni saya dah biasa terima. Dan saya faham sangat kenapa orang tanya.
Sebab secara logiknya, anak kecil ni lebih perlukan rutin, keselesaan dan waktu tidur yang cukup.
Travel pula penuh kejutan. Kadang tak selesa. Kadang tak ikut plan.
Tapi sebab tu lah saya pilih untuk bawa mereka travel dari kecil.
Bukan Untuk Bercuti, Tapi Untuk Bina Jiwa
Bukan sebab nak bagi mereka ‘cuti’.
Bukan juga sebab nak tunjuk-tunjuk.
Tapi sebab saya nak ajar satu perkara penting yang tak boleh dibina dalam kelas iaitu ketahanan jiwa.
Apa Anak Belajar Bila Travel Dari Kecil
Bila anak travel dari kecil, mereka belajar adapt dengan cepat.
Belajar observe tanpa terus menghakimi.
Belajar sabar bila letih dan belajar communicate bila tak faham bahasa orang.
Mereka Belajar Banyak Kemahiran Penting Tanpa Kita Sedar
🧭 Cognitive Flexibility
Belajar ubah cara fikir bila situasi tak sama. Contohnya, bila bilik hotel tak macam dalam gambar atau rancangan tukar last minute. Mereka belajar untuk pivot, bukan meltdown.
🧠 Problem Solving Skills
Contoh simple: bila nak cari makanan halal kat negara asing atau bila kena tunggu lama dekat train station. Mereka belajar fikir penyelesaian, bukan sekadar merungut.
🧘🏻 Self-regulation
Bila penat tapi masih perlu bersabar. Bila bosan dalam flight tapi tak boleh menjerit. Mereka belajar kawal emosi, bukan ikut emosi.
💬 Cross-cultural Communication
Walaupun tak fasih bahasa orang, mereka belajar cara faham. Guna isyarat, senyum, intonasi suara. Mereka faham bahawa komunikasi tu lebih luas daripada sekadar perkataan.
🕌 Spiritual Resilience
Solat dalam kapal terbang, ambil wuduk guna spray, semua tu tanam rasa yang Islam tu hidup di mana-mana, bukan terikat pada tempat dan keadaan.

Gambar ini diambil ketika anak saya travel ke negara asing — satu detik mereka belajar sabar dan adaptasi.
Ini Bukan Kemahiran Akademik, Tapi Kemahiran Hidup
Saya percaya, semua ni bukan kemahiran akademik semata. Ini kemahiran hidup dan lebih pentinhg ini semua membentuk siapa mereka sebagai Muslim dalam dunia sebenar.
Mereka Tengok Islam Dari Banyak Sisi
Mereka belajar tengok Islam bukan hanya dari rumah atau negara sendiri, tapi dari realiti dengan solat kat airport, makan halal kat tempat asing dan tengok macam mana umat Islam lain hidup. Bila mereka tengok semua tu dengan mata sendiri, hati mereka akan terbuka. Dan dari situ lah, insyaAllah mereka akan kenal siapa diri mereka sebenarnya.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.