Macam Mana Nak Galakkan Anak Berani Tanya Soalan?
Pernah tak kita dengar anak kita senyap je masa dalam kelas atau bila belajar kat rumah, dia macam teragak-agak nak tanya soalan?
Bila ditanya kenapa, jawapannya:
- “Takut salah…”
- “Nanti orang gelakkan…”
- “Malu la mama…”
Sebenarnya, bila anak rasa takut nak bertanya, itu tanda mereka mungkin risau pendapat orang lain. Tapi asking questions ni satu kemahiran penting dalam pembelajaran sebab ia menunjukkan anak kita nak tahu lebih dan berani mencari jawapan.
So, macam mana kita nak bantu anak lebih yakin? Jom cuba cara ni!
1. Tunjuk Contoh Yang Tanya Soalan Itu Normal
Kadang kita kena jadi role model. Bila anak nampak kita tanya soalan dengan penuh yakin, mereka akan rasa: “Oh, mama pun tak malu nak tanya!” Contohnya:
“Mama tak tahu nak guna benda ni… Kita cuba tanya ayah, boleh tak?”
Tunjuk yang bertanya itu bukan tanda kita ‘tak tahu’ tapi tanda kita nak belajar dan improve.
2. Puji Keberanian Anak Bila Mereka Bertanya
Setiap kali anak berani tanya soalan, walaupun kecil, puji effort mereka. Fokus pada keberanian mereka, bukan soalannya.
Contoh:
“Bagusnya awak tanya tadi. Itu tandanya awak nak faham betul-betul!”
Puji tindakan bukan hasil. Lama-lama, anak akan rasa lebih confident sebab mereka tahu kita hargai usaha mereka.
3. Bina ‘Safe Space’ Untuk Bertanya
Kadang-kadang, anak rasa segan sebab takut kena marah atau ditertawakan. Kita kena pastikan mereka rasa safe untuk bertanya apa saja.
Kalau anak tanya soalan pelik macam:
“Kenapa langit warna biru?”
Jangan balas dengan: “Soalan apa ni?”
Sebaliknya, layan soalan tu dengan serius:
“Bagus soalan tu! Nak tak kita cari jawapan sama-sama?”
Anak akan rasa idea mereka dihargai, dan itu akan galakkan mereka bertanya lagi.
4. Ajar Anak Guna Ayat ‘Saya Tak Faham Lagi’
Kadang anak takut mengaku tak faham. Ajarkan mereka ayat ni:
“Saya belum faham lagi. Boleh ulang sekali lagi?”
Tambah perkataan belum akan buat anak rasa lebih positif sebab ia menunjukkan mereka sedang dalam proses untuk faham. Ini cara kecil tapi sangat membantu!
5. Berikan Aktiviti ‘Soalan Kreatif’
Buat satu sesi khas di rumah yang fokus pada asking questions. Misalnya:
- Baca buku bersama, lepas tu tanya: “Kalau awak boleh tanya soalan kat watak ni, apa soalan awak?”
- Tengok dokumentari pendek dan ajak anak fikir soalan: “Apa lagi yang awak nak tahu pasal benda ni?”
Bila dijadikan aktiviti santai, anak akan lebih enjoy proses bertanya.
6. Ceritakan Kisah Orang Berjaya Yang Banyak Bertanya
Beritahu anak, ramai orang hebat jadi pandai sebab mereka rajin bertanya. Contohnya, saintis, penulis, atau tokoh sejarah semua bermula dengan bertanya soalan yang simple :
“Kenapa ini jadi macam ni?” atau “Bagaimana cara nak buat benda ni lebih baik?”
Bila anak dengar kisah inspirasi macam ni, mereka akan rasa lebih semangat nak ikut jejak langkah tu.
Baca juga: Tips Kurangkan Stress dan Konsisten Homeschool Anak-Anak
Bertanya itu bukan kelemahan. Ia tanda kekuatan. Sebagai ibu bapa, kita kena bantu anak buang rasa malu dan takut bila nak bertanya. Yang penting, kita kena tunjuk yang soalan itu selalu welcome dan dihargai.
Anak kita mungkin tak terus jadi ‘pakar bertanya’ overnight, tapi dengan usaha kita bina keyakinan sikit-sikit, insyaAllah satu hari nanti, merekalah yang paling berani nak raise their hand dan tanya!
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.