Blog

Kisah Permulaan Perjalanan Homeschooling Kami

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Perjalanan homeschooling saya bukan bermula secara tiba-tiba. Dah lama saya pasang impian nak homeschool anak-anak.

Semuanya bermula apabila saya ambil cuti tanpa gaji beberapa tahun sebab ikut suami bekerja di luar negara.

Sepanjang tempoh tu, saya homeschool anak-anak dan dari situ saya mula nampak potensi serta kelebihan yang boleh diperoleh jika saya teruskan homeschooling.

Selepas habis cuti, saya dan anak-anak kembali ke sekolah. Saya teruskan kerja sebagai guru, malah lebih menarik lagi, saya juga jadi guru subjek untuk anak saya sendiri.

Tapi, walaupun saya dah kembali bekerja, perasaan rindu terhadap homeschooling masih kuat. Setiap hari, saya teringatkan keseronokan masa mengajar anak-anak di rumah.

Rindu sangat nak buat kurikulum sendiri, rancang masa belajar anak-anak ikut keperluan dan minat mereka.

Bukan sebab saya tak suka mengajar di sekolah, tapi kerana saya rindu kebebasan dan fleksibiliti yang ada semasa homeschooling.

Saya mula rasa, adakah ini masa yang sesuai untuk kembali ke homeschooling sepenuhnya? Rasa seronok yang saya alami ketika homeschooling sentiasa bermain di fikiran.

Satu hari, selepas masuk kereta seperti biasa, suami saya tiba-tiba bertanya,

“Nak resign?”

Soalan ringkas tapi bermakna. Saya terus terdiam, terkejut tapi dalam masa yang sama rasa teruja.

Saya tanya beliau kembali,

“Tapi, anak-anak?”

Beliau jawab, “Homeschool.” Hati saya melonjak gembira.

Keputusan Besar untuk Berhenti

Saya tahu, suami saya memahami hasrat saya yang mendalam untuk mendidik anak-anak dengan cara saya sendiri.

Begitulah bermulanya perjalanan homeschooling kami. Beliau minta saya maklumkan kepada pihak sekolah tentang keputusan saya untuk berhenti, dan urus semua persediaan untuk meletak jawatan.

Guru Penolong Kanan 1 pada mulanya minta saya fikir semula, tapi setelah justikasi diberikan akhirnya beliau akur dengan keputusan saya.

Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang sentiasa beri sokongan tanpa henti. Beliau selalu ingatkan saya untuk pertimbangkan pandangan anak-anak dalam setiap keputusan dan yang paling penting, jangan sampai menggadaikan masa depan mereka demi memenuhi impian sendiri.

Pesanan ni saya pegang erat, agar saya sentiasa berada di landasan yang betul dalam perjalanan homeschool ini.

Begitulah perjalanan saya, seorang bekas guru yang kini sepenuhnya menghomeschool anak-anak.

Dari Guru di Sekolah, Kini Guru di Rumah

Dari seorang pendidik di sekolah, kini saya menjadi pendidik di rumah sendiri, dengan misi dan impian yang besar untuk melihat anak-anak berkembang dalam suasana pembelajaran yang lebih fleksibel dan personal.

Homeschooling bukan sahaja memberi saya peluang untuk mendidik anak-anak mengikut cara saya sendiri, tetapi juga membuka ruang untuk kami lebih rapat sebagai satu keluarga.

Perjalanan ini penuh dengan cabaran, tetapi setiap langkah diambil dengan penuh kasih sayang dan harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Baca juga: Perkara Perlu Tahu Sebelum Mulakan Homeschool

Itulah permulaan perjalanan homeschool kami. Setiap langkah penuh dengan cabaran, tetapi juga dipenuhi dengan kasih sayang dan impian besar untuk anak-anak.

Setiap hari adalah peluang baru untuk belajar dan berkembang bersama. Kami sangat teruja untuk berkongsi lebih banyak lagi tentang pengalaman ini.

 

homeschoolminatkurikulumjustifikasi

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis