Wah, seronoknya bila dapat jumpa koleksi “life cycle toys” yang sangat realistik dan menarik ni! Mainan seperti ni bukan saja comel, tapi ada banyak manfaat dalam pembelajaran anak-anak.
Main sambil belajar memang satu kaedah yang berkesan dan melalui mainan ini, anak-anak boleh kenal dan faham lebih mendalam tentang kitaran hidup haiwan.
Jom saya kongsikan apa yang anak-anak boleh pelajari dengan menggunakan mainan “life cycle” ni.
Mengenal Bentuk Fizikal Setiap Tahap Kehidupan
Anak-anak boleh meneliti bentuk fizikal setiap tahap kitaran hidup haiwan. Contohnya, kalau nak tengok telur penyu yang sebenar agak susah, tapi dengan mainan ini, anak-anak boleh melihat dan memegang replika telur penyu serta memahami rupa bentuknya dengan lebih jelas.
Memahami Kitaran Hidup Haiwan
Melalui mainan ini, anak-anak boleh belajar tentang kitaran hidup haiwan dan menyedari bahawa setiap haiwan mengalami perubahan dari segi saiz, bentuk, dan berat sepanjang hidupnya.
Ini membantu anak-anak untuk memahami bahawa setiap makhluk yang Allah ciptakan akan melalui proses tumbesaran yang berbeza-beza.
Mengenali Kepelbagaian Kitaran Hidup
Setiap haiwan mempunyai kitaran hidup yang berbeza. Anak-anak juga boleh belajar bahawa rupa anak haiwan selalunya berbeza dari haiwan dewasa. Sebagai contoh:
Katak dan berudu

Nyamuk dan jentik-jentik

Dengan memahami perbezaan ini, anak-anak boleh menghayati keunikan setiap haiwan.
Memahami Proses Kitaran Hidup yang Berulang
Kitaran hidup haiwan biasanya berterusan dan berulang. Misalnya:
Telur akan menetas menjadi anak haiwan.
Anak haiwan akan membesar menjadi dewasa.
Haiwan dewasa akan bertelur semula, dan kitaran hidup ini terus berulang.
Baca juga: Anak Suka Baca Buku Luar Syllabus Atau Buat Aktiviti Hands-On
Menarik, kan? Mengajak anak belajar sambil bermain dengan menggunakan “life cycle toys” bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk memahami dunia semula jadi dengan lebih mendalam.
Apa lagi, boleh terus dapatkan di Homeschool Store
Belajar melalui bermain adalah kaedah pembelajaran yang sangat berkesan, menjadikan pengalaman pembelajaran anak lebih menyeronokkan dan memuaskan. Jom, main dan belajar bersama anak-anak kita!

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.