Bila zaman semakin maju memang banyak benda yang mudah diakses secara hujung jari sehingga boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi mangsa Pedofilia.
Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kebaikan internet, dalam masa sama tak terhitung juga betapa banyak bahaya dan kemudaratan yang wujud di dalamnya.
Paling merisaukan, dengan kebebasan tanpa kawalan, anak-anak kita sangat mudah terdedah kepada pelbagai bahaya seperti ketagihan bahan lucah dan risiko menjadi mangsa pedofilia!
Nauzubillah min zalik.
Semoga Allah menjauhkan anak-anak yang kita sayangi ini dari golongan pemangsa jahat pedofilia ini.
Golongan ini mempunyai perasaan terhadap kanak-kanak sehingga sanggup melakukan hubungan seksual dengan mereka.
Lagi malang apabila mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak tidak sedar pun apa sedang berlaku kepada mereka.
Nak diluahkan kepada ibu ayah malu.
Nak diceritakan bagaimana tak tahu.
Kerana nak dapat kepercayaan dari mak ayah belum tentu.
Lama-kelamaan anak-anak menjadi buntu dan tak dinafikan perbuatan jijik dan terkutuk akan memberi kesan trauma kepada mangsa, malah menghancurkan masa depan anak-anak.
Sebab itu terlalu penting ilmu berkaitan seksualiti ini diambil cakna oleh ibu ayah.
Ini penting untuk mendidik anak-anak tentang sentuhan yang selamat atau tidak sebelum menjurus kepada keseronokan seksual pemangsa.
Sama-sama kita berganding bahu, celik mata untuk membendung anak-anak kita daripada raksasa kanak-kanak yang menjadikan kanak-kanak sebagai objek memuaskan nafsu mereka.
Apa Itu Pedofilia?




Ciri-Ciri Pedofilia




Baca juga: Tips Kawal Masa Skrin Anak
Pendidikan seksualiti bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti atau dielakkan.
Tapi adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk membekalkan anak-anak dengan ilmu yang dapat melindungi mereka.
Kita mahu mereka membesar dalam persekitaran yang selamat, memahami hak diri sendiri dan berani berkata tidak kepada perkara yang tidak sepatutnya.
Semoga dengan pendidikan yang sewajarnya, kita dapat melindungi generasi masa depan. Ianya termasuklah daripada ancaman seperti pedofilia dan membantu mereka membesar dengan penuh rasa selamat.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.