Blog

Milestone Anak 2 Tahun

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan

Ada kat sini kawan yang mempunyai anak berusia 2 tahun? Whoaaa saya rindu sangat saat masa anak-anak 2 tahun ni. Memang fasa 2 tahun ni dipanggil Terrible Two, tapi bila anak dah semakin membesar kita pasti rindu saat perangai comel mereka masa 2 tahun ni kan. Rasa nak pregnant balik haha.

Dalam Fail Peribadi Homeschool Ahza dan Afraz, saya ada hasilkan checklist ni dan saya semak sepanjang anak berusia 2 tahun. Jadi rasanya tak salah nak berkongsi supaya kita sama-sama dapat semak perkembangan dan pencapaian kesayangan kita.

Di sini saya kongsikan milestone untuk anak 2 tahun yang melibatkan pergerakan, tangan dan jari, bahasadan kognitif.

Pergerakan

  • Berdiri di hujung jari
  • Sepak bola
  • Berlari
  • Naik dan turun dari perabot tanpa bantuan
  • Berjalan naik dan turun tangga sambil berpegangan tangan
  • Bermain baling bola ke atas
  • Bawa mainan besar atau beberapa mainan semasa berjalan

Tangan dan Jari

  • Coretan (scribble) secara spontan
  • Balikkan bekas untuk mencurahkan isi
  • Membina menara empat blok atau lebih
  • Membuat aktiviti yang menggunakan satu tangan lebih kerap daripada yang lain
  • Boleh bermain dengan permainan kecil dengan betul, selain dari memasukkannya ke dalam mulut, membelek-belek atau menjatuhkan permainan itu (contohnya kiub, kereta kecil)

 Bahasa

  • Tunjuk objek atau gambar sambil yang disebut
  • Bertindak balas bila nama dipanggil
  • Mengecam nama orang, objek, dan bahagian badan yang tidak dikenali
  • Menyebut beberapa perkataan (oleh lima belas hingga lapan belas bulan)
  • Menggunakan frasa mudah (dengan lapan belas hingga dua puluh empat bulan)
  • Menggunakan ayat dua hingga empat perkataan
  • Ikuti arahan mudah
  • Mengulangi perkataan yang didengar dalam perbualan

Kognitif

  • Mencari objek walaupun tersembunyi di bawah dua atau tiga tempat yang terlindung
  • Menyusun objek mengikut warna
  • Menyusun objek mengikut bentuk
  • Ikuti dua arahan yang mudah. Contoh:Adik minum susu, lepas itu bagi mama cawan.”
  • Bermain olok-olok atau berlakon, contoh menelefon, bermain anak patung, bermain masak- masak dan sebagainya.

Bagi saya, untuk 2 tahun saya banyak bermain sambil sediakan aktiviti yang boleh asah perkembangan anak berdasarkan milestone mereka.

Jika ada satu atau lebih kemahiran yang anak 2 tahun tidak boleh capai, teruskan beraktiviti sambil perhatian perkembangan mereka sehingga mereka berusia 3 tahun.

Setelah itu boleh buat penilaian dalam Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak ( 0 – 6 tahun).

dan….

Jika ada kelewatan dan masalah tertentu dan anak masih tidak menunjukkan peningkatan perkembangan, boleh rujuk pengamal perubatan atau berunding dengan Occupational Therapist.

Sumber Rujukan :

Senarai Semak Pengesanan Perkembangan Bayi dan Kanak-Kanak

Your Child At 2: Milestone

Important Milestone: Your Baby By Two Years

 

 

warnaobjekblokbentuk

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis