Blog

Mengawal Screen Time Anak dalam Homeschooling

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Homeschool

Mengurus screen time untuk anak-anak, terutama bila homeschooling, memang mencabar. Bukan mudah nak seimbangkan masa bermain, belajar dan penggunaan gajet. Tapi, berdasarkan pengalaman saya sendiri, yang paling penting bukan hanya berapa lama mereka tengok skrin, tapi lebih kepada apa yang mereka tonton dan bagaimana masa tu digunakan.

Pilihan Rancangan

Dalam rumah kami, Netflix memang tak dibenarkan. Saya tak bagi anak-anak tengok langsung sebab saya rasa tak banyak kandungan yang sesuai untuk mereka. Kalau kartun pun, kami pilih dengan teliti. Mereka lebih suka tonton channel pendidikan seperti Numberblocks, Dr. Binocs dan Peekaboo Kidz.

Apa yang menarik tentang rancangan-rancangan ni ialah mereka dapat belajar sambil tengok. Anak-anak boleh explore konsep matematik sains, dan pelbagai lagi dengan cara yang seronok dan interaktif.

Minat pada Dokumentari

Selain itu, mereka juga minat tengok dokumentari tentang kereta. Topik-topik macam ni bukan hanya menarik minat mereka, tapi juga galakkan mereka berfikir secara kritis.

Mereka selalu bandingkan kereta mana lebih laju, apa teknologi terbaru dan mana yang lebih mesra alam. Dokumentari realistik macam ni memang sangat bermanfaat untuk perkembangan mereka.

Batasan Permainan Video

Bila cakap tentang permainan video, saya memang letak batas. Bukan nak sekat sepenuhnya, sebab saya percaya ada game yang bermanfaat. Game yang melibatkan strategi atau penyelesaian masalah, misalnya, boleh bantu mereka berfikir dengan lebih kreatif.

Saya benarkan mereka main, tapi dengan masa yang terhad. Pada hujung minggu, saya mungkin bagi sedikit kelonggaran, tapi tetap ada hadnya. Saya mahu mereka enjoy, tapi dalam masa yang sama, disiplin dan keseimbangan tetap perlu dijaga.

Bila anak-anak buat research pula, saya memang benarkan guna Google dan YouTube, tapi dengan pengawasan. Biasanya, saya duduk bersama dan guide mereka untuk pastikan apa yang mereka cari sesuai dengan projek atau topik yang sedang dipelajari.

Banyak video pendidikan yang bagus di YouTube, tapi saya pastikan mereka tak tersasar ke kandungan yang tak relevan. Pembelajaran secara visual ni sebenarnya sangat membantu, terutama bila melibatkan eksperimen sains atau fakta sejarah.

Baca juga: Panduan Menggunakan YouTube Sebagai Alat Bantu Belajar

Homeschooling ni memang satu perjalanan yang fleksibel dan unik untuk setiap keluarga. Bila ada masa terluang, cuba galakkan anak-anak untuk explore minat mereka. Tak perlu terikat dengan skrin semata-mata, ada banyak lagi cara kreatif untuk mereka belajar, sama ada melalui pengalaman di luar atau projek hands-on di rumah.

Yang penting, screen time tetap ada batas dan disesuaikan dengan kandungan yang memberi manfaat. Sebagai ibu bapa, kita ada kuasa untuk bentuk pengalaman pembelajaran yang paling sesuai untuk anak-anak kita. 

 

dokumentarifleksibilitipermainan videofakta sejarah

Artikel Berkaitan

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis