Semasa di awal usia inilah kita boleh bantu untuk tingkatkan lagi perkembangan kemahiran kognitif anak-anak sambil bantu merangsang perkembangan kedua-dua otak kanak-kanak. Ini kerana dalam 6 tahun pertama, kanak-kanak mempunyai minda hebat untuk yang menyerap maklumat dengan baik.
Jadi hari ini saya share sikit maksud kognitif dan contoh sumber untuk tingkatkan kemahiran kognitif anak-anak. Semoga bermanfaat InsyaAllah.
Kemahiran kognitif merujuk kepada kemampuan mental yang digunakan untuk memproses maklumat, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan berfikir secara kritis.
Kemahiran ini sangat penting dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, pekerjaan, dan kehidupan seharian, kerana ia membolehkan individu beradaptasi dan menghadapi cabaran dengan lebih berkesan.
Jadi, di sini saya kongsikan antara bahan yang dapat bantu tingkatkan kemahiran kognitif anak-anak
Blok Lego
Blok ini bukan sahaja menggalakkan kreativiti tetapi juga membantu anak-anak untuk
- Belajar Menyusun dan membina
- Belajar asingkan ikut warna
- Belajar membilang asas 1:1
- Mengembangkan kemahiran bahasa dengan membentuk gabungan perkataan KVK (Konsonan-Vokal-Konsonan)Belajar gabungan perkataan KVK
Puzzle
- Belajar kemahiran berfikir logik dengan mengecam objek dan warna.
- Belajar bentuk dan ruang dengan meneliti kepingan dan bentuk-bentuk puzzle.
- Alat bantuan pendidikan untuk mengenal nombor, warna, huruf dan lain-lain.
Kad Imbasan
- Dua bentuk rangsangan dilakukan iaitu ransangan penglihatan berdasarkan gambar yang ditunjukkan dan ransangan pendengaran melalui sebutan yang diperdengarkan.
- Boleh digunakan untuk aktiviti memory game sambil bantu ingatan anak-anak.
Busy Bag
- Tingkatkan kosa kata dan belajar perkataan baharu.
- Tingkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
- Belajar warna, huruf nombor dan lain-lain.
Buku Brainstorming
- Belajar bentuk geometri asas, pola, arah susunan.
- Faham konsep tambah, tolak dengan bantuan ilustrasi yang sangat menarik
- Meneroka, memperoleh pengalaman dan mengekspresi melalui lukisan yang dihasilkan
Baca juga: Rangsang Visual Anak Dengan Bermain Puzzle

Meningkatkan kemahiran kognitif anak-anak dalam enam tahun pertama kehidupan mereka adalah sangat penting, kerana ini adalah tempoh kritikal di mana minda mereka paling mudah menyerap maklumat. Dalam fasa ini, anak-anak bukan sahaja belajar mengenai dunia di sekitar mereka tetapi juga membangun asas untuk kemahiran pemikiran yang lebih kompleks yang akan diperlukan sepanjang hayat mereka.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan pendidik untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kaya dan menyokong perkembangan mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang sesuai.
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.