Blog

Aktiviti Pembelajaran Seronok untuk Anak Usia 7 Tahun

oleh Hanis Athirah Rusli dalam Pendidikan
usia 7 tahun

Ada anak usia 7 tahun? Kadang-kadang kita pening nak cari aktiviti yang seronok dan bermanfaat untuk buat sama-sama, kan? Jangan risau, umur 7 tahun ni memang penuh dengan rasa ingin tahu dan semangat nak explore benda baru.

InsyaAllah kita boleh manfaatkan peluang ni dengan buat aktiviti yang bukan saja seronok, tapi juga boleh bantu mereka belajar sambil bermain.

Jom, saya nak share 20 Aktiviti Pembelajaran Seronok untuk Anak Usia 7 Tahun yang korang boleh try kat rumah!

1. Adventure Reading

Pilih buku cerita menarik dan bacakan bersama. Galakkan anak baca watak-watak yang berbeza.

2. Puzzle Time

Selesaikan jigsaw puzzle bersama untuk tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan koordinasi mata-tangan.

3. Projek Seni Kreatif

Lukis, buat kolaj atau model tanah liat. Ini bantu meningkatkan kreativiti anak-anak.

4. Eksperimen Sains Mudah

Buat eksperimen simple seperti letupan baking soda dan cuka dalam botol. Belajar reaksi kimia dengan cara yang menyeronokkan.

5. Permainan Matematik

Main permainan nombor seperti Bingo atau buat flashcards matematik untuk latihan cepat.

6. Berkebun Bersama

Tanam benih dan lihat ia tumbuh. Mengajar tanggungjawab dan asas botani.

7. Permainan Papan Pendidikan

Main board games seperti Saidina, Sahibba atau Chess untuk tingkatkan kemahiran berfikir.

8. Projek DIY

Buat projek mudah seperti bekas pensel atau robot dari kotak. Penting untuk pembelajaran hands-on anak-anak.

9. Belajar Memasak

Ajar resepi mudah seperti buat lempeng kelapa atau belajar potong buah.

10. Permainan Matematik dengan Abacus

Ajar anak menggunakan abacus untuk melakukan operasi matematik asas seperti tambah dan tolak. Ini akan membantu mereka memahami konsep matematik dengan lebih baik dan meningkatkan kemahiran pengiraan.

11. Origami

Lipat kertas menjadi bentuk-bentuk menarik seperti burung, katak atau bunga. Meningkatkan kemahiran motor halus dan kreativiti.

12. Menulis Cerita

Galakkan anak menulis cerita pendek atau buat komik.

13. Belajar Coding

Gunakan aplikasi atau permainan mudah yang mengajar asas-asas coding. Merangsang pemikiran logik dan penyelesaian masalah.

14. Kisah Hidup Nabi

Bacakan kisah-kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW atau nabi-nabi lain kepada anak-anak. Ini boleh membantu memperkukuhkan nilai-nilai murni dan agama dalam diri mereka.

15. Treasure Hunt

Buat aktiviti cari harta karun di rumah atau taman. Meningkatkan penyelesaian masalah dan kerja berpasukan.

16. Belajar Seni Mempertahankan Diri

Sertai aktiviti seperti silat atau taekwando. Bukan sahaja meningkatkan kecergasan tetapi juga disiplin diri.

17. Nature Walks

Jalan-jalan di taman atau hutan, sambil belajar tentang flora dan fauna tempatan.

18. Scrapbooking

Kumpul dan hias gambar, sticker dan memorabilia dalam scrapbook.

19. Belajar Bahasa Baru

Mulakan dengan frasa asas dalam bahasa baru. Mengembangkan kebolehan kognitif.

20. Membina Model

Guna Lego atau kit pembinaan lain untuk buat model bangunan terkenal atau struktur imaginatif.

Baca juga: Cara Santai Ajar Anak Pelbagai Bahasa

usia 7 tahun

Anak umur 7 tahun bukan semata-mata kita ajar silibus tinggi kepada mereka. Mereka still kanak-kanak yang perlukan keseimbangan dalam pembelajaran dan permainan.

Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga meningkatkan kemahiran kognitif dan motor insyaAllah. Moga bermanfaat.

silattreasure huntbahasa barumembina model

Seorang bekas guru KPM dan sekarang ibu yang tekad homeschool anak-anak. Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam pendidikan, website ini saya hasilkan untuk kongsikan cara pembelajaran yang lebih fleksibel dan meaningful.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang disiarkan di laman web ini. Setiap komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik komen tersebut. Anda dilarang menulis komen yang kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Langgan kemaskini terkini dari kami terus ke inbox E-mel anda.

Homeschool Hanis